BN Tanjong Karang tolak calon pilihan Zahid?

November 9, 2022 · Politik

Nampaknya laluan calon BN Parlimen Tanjong Karang agak sukar untuk mempertahankan kerusi tradisi gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), minggu depan.

Calon pilihan Presiden UMNO, Datuk Habibah Mohd Yusof merupakan Ketua Wanita UMNO Tanjong Karang bagi menggantikan penyandang enam penggal Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar.

Sudahlah berdepan lima penjuru, Habibah dilaporkan berdepan penolakan dalaman daripada ahli UMNO di kawasan tersebut yang lebih cenderung menyokong Noh.

Habibah dicabar empat calon lain iaitu Azlan Sani Zawawi (PEJUANG), Mohd Rosni Mastol (Bebas), Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (PN) dan Siti Rahayu Baharin (PH).

Memetik laporan Malaysiakini, ramai ahli akar umbi UMNO di situ yang secara terbuka menyatakan betapa terkilannya mereka terhadap keputusan dibuat parti yang menggugurkan wakil pilihan mereka sejak 1995 itu.

Malah portal berita itu menyebut pada hari penamaan calon, 5 November lalu sekitar 300 orang sahaja ahli BN yang mengiringi Habibah dan kebanyakkannya daripada sayap wanita.

Ketua Cawangan UMNO Raja Musa, Yusof Saroji ketika berucap pada hari pertama kempen akui sukar untuk BN pada PRU kali ini ekoran wakil pilihan tidak lagi diletakkan di kerusi itu.

“Kalau lihat dalam sejarah Tanjong Karang, nak mengiringi calon beribu (hadir), tapi pagi tadi tak ramai. Itu melambangkan apa? Ini kita kena kerja kuat. Bukan mudah untuk PRU kali ini.

“Tempat yang menang, diubah pula calon, jadi masalah kita saya lihat banyak.

“Kalau contoh di Tanjong Karang, sebenarnya kita boleh menang mudah dan menang banyak untuk BN. Tapi sekarang kenapa kita nak cari kerja susah untuk memenangkan Barisan Nasional,” soalnya.

Beliau berkata demikian pada majlis yang turut dihadiri Habibah.

Sementara calon Bebas, Mohd Rosni Mastol, 59 memberitahu pemberita keputusan bertanding menentang Habibah dibuat selepas berbincang dengan beberapa rakannya yang juga ahli UMNO cawangan.

“Sebab kita nak bagi isyarat – raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Hashtag kita Jebat kembali.

“Saya simpati dengan Tan Sri Noh,” katanya yang merupakan bekas pegawai khas Noh di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Rosni juga mendakwa ramai ahli parti lain di kawasan itu tidak berpuas hati dan menyebabkan beberapa bilik gerakan BN di Tanjong Karang ditutup.

Sebelum ini, Noh melahirkan kekecewaan selepas disingkirkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada senarai calon bagi PRU-15 malah beliau turut kecewa kerana bosnya itu tidak bersikap terbuka dalam soal pencalonannya di Tanjung Karang.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
10 jam lalu· Politik
Terbukti sudah, demi kuasa dan kemaruk nak jadi PM prinsip pun dicampak 
21 jam lalu· Politik
Lantik menteri ada kes mahkamah, kerajaan sekarang sudah songsang: Sanusi
22 jam lalu· Politik
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022· Isu semasa
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
10 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
10 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
10 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
14 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok