BN tak boleh menang tipis pada PRU-15, serang PH dan PN: Mat Hasan

June 1, 2022 · Politik

Sasaran Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) adalah kemenangan besar dan bergaya bagi memastikan dapat menjadi parti dominan seperti sebelum ini, kata Datuk Seri Mohamad Hasan.

Timbalan Pengerusi BN itu berkata mereka tidak boleh berasa selesa walaupun sudah menjadi kerajaan semula dan menggesa supaya persediaan rapi dilakukan bagi memastikan kemenangan mutlak kepada gabungan itu untuk menjadi kerajaan utama di Putrajaya.

“Tiada lagi ruang, untuk kita berpeluk tubuh. Tiada lagi ruang untuk berasa selasa. Apatah lagi ruang bermimpi untuk menang dengan mudah.

“Untuk pilihan raya akan datang, pada saya, menang tipis atau sipi-sipi bukan pilihan sama sekali,” katanya semasa merasmikan Konvensyen BN sempena ulang tahun ke-48 gabungan parti politik itu hari ini.

Mohamad juga mahu parti komponen BN agar lebih agresif “menyerang” musuh, khususnya daripada Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) yang mahu melihat gabungan itu “karam”.

Mohamad, yang lebih popular dengan jolokan Tok Mat membuat gesaan itu susulan kecewa dengan jentera parti komponen BN – Umno, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) – yang gagal membidas serangan bertalu-talu parti pembangkang.

“Saya perhatikan dalam banyak keadaan, kita gagal memberikan jawapan dan bidasan. Saya kadang-kadang berasa sangat kesal atas sikap berdiam diri kita. Jentera parti komponen nampak tidak berupaya menangkis tohmahan keji lawan kita dengan radikal dan berkesan.

“Jangan biar bossku (Najib Razak) seorang sahaja lawan, kita semua dalam dewan ini mesti agresif lawan. Jangan berpeluk tubuh sahaja dan biarkan BN karam dalam limpahan serangan bertalu-talu dari pelbagai sudut oleh PH dan PN,” katanya lagi.

Ujarnya, BN perlu menggunakan segala sumber dan kekuatan yang dimiliki untuk meneruskan serangan terhadap musuhnya.

“Bukannya kita ini parti yang tidak ada sumber dan kekuatan. Kita ada pelbagai sumber dan kelebihan. Jadi gunakanlah! Hentam cukup-cukup, pastikan kita raih kemenangan dalam PRU15,” katanya.

Mohamad juga mahu pendekatan “tunggu dan lihat” serta menjawab hanya apabila diserang mesti ditamatkan segera, sebaliknya BN perlu giat membongkar kegagalan PH dan PN selama ini.

“Saya harap kepimpinan dan ahli semua parti komponen BN akan memberi perhatian serius kepada apa yang saya tegaskan ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu turut memberi peringatan kepada semua parti komponen agar berpegang teguh kepada politik bermoral agar gabungan itu kekal bertahan.

“Perkara yang tidak bermoral tidak akan menang. Apa jua yang bermoral, pasti akan bertahan dan dikenang. Kita mesti menolak sang oportunis politik. Jangan beri ruang kepada pedagang politik,” kataya.

Beliau turut mengimbau “kejatuhan” BN apabila satu persatu parti komponen meninggalkan gabungan itu selepas kerajaan Datuk Seri Najib Razak tumbang pada PRU-14 lalu.

“Dahulu kita dalam BN berbelas-belas komponen. Bila kita kalah, kita cuma tinggal berempat. Semua meninggalkan kita. Kerana moral, perjuangan dan kesetiaan mereka telah ditafsir dan diubah-ubah mengikut selera dan perut yang tidak pernah kenyang.

“Walaupun kita hanya tinggal berempat, jika kita berpegang pada prinsip, pada politik bermoral, pada landasan dan falsafah yang berpandukan nilai, kita pasti akan menang,” katanya.

Berita berkaitan
Rafizi ucap tahniah atas keberanian Mat Hasan sanggah Najib
7 jam lalu· Politik
Mat Hasan bercakap benar berhubung kes Najib, perlu masuk penjara dahulu
12 jam lalu· Politik
Selepas penafian Mat Hasan, Asia Times dedah rakaman asal audio wawancara
23 jam lalu· Politik
DAP jangka PRU-15 diadakan tahun depan
July 5, 2022· Politik
Popular
UMNO heret RoS ke mahkamah jika tak luluskan pindaan perlembagaan
July 6, 2022
Selepas penafian Mat Hasan, Asia Times dedah rakaman asal audio wawancara
July 5, 2022
Mat Hasan bercakap benar berhubung kes Najib, perlu masuk penjara dahulu
July 6, 2022
Rafizi ucap tahniah atas keberanian Mat Hasan sanggah Najib
July 6, 2022
Lagi Politik terkini
MoU 2.0 buka peluang kerajaan lakukan transformasi meluas
4 jam lalu · Politik
PKR Johor anjur ‘flash mob’ bantah kenaikan harga barang
7 jam lalu · Politik
UMNO heret RoS ke mahkamah jika tak luluskan pindaan perlembagaan
10 jam lalu · Politik
Pengikut Anwar tak puas hati tuduhan Rafizi, nafi cuba ubah keputusan
23 jam lalu · Politik
Rafizi beri amaran kumpulan kalah pemilihan PKR hentikan ‘permainan’
July 5, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
2 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok