BN tak boleh buat keputusan sepihak bubar Parlimen: PAS

August 22, 2022 · Politik

Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mengingatkan bahawa keputusan membubarkan Parlimen tidak hanya boleh dibuat Barisan Nasional (BN) sahaja, sebaliknya ia perlu dipersetujui bersama parti di dalam kerajaan gabungan sekarang.

Menurutnya Kerajaan Persekutuan yang wujud sekarang bukan didominasi BN semata-mata, tetapi turut didukung menteri daripada Perikatan Nasional (PN) dan rakan dari Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Maka, apa sahaja keputusan untuk membubarkan Parlimen mesti diputuskan bersama anggota kabinet serta parti yang mendukung kerajaan.

“Dalam situasi kini, keutamaan bukan hanya kepada menyegerakan pilihan raya sahaja, sebaliknya aspek kepentingan kebajikan rakyat dan isu kedudukan ekonomi negara turut perlu dilihat juga,” katanya dalam kenyataan hari ini (22 Ogos 2022).

Sejak kebelakangan ini, BN, khususnya UMNO dilihat kelam-kabut menyusun jentera pilihan raya dan mengembar-gemburkan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) akan diadakan segera, seolah-olah keputusan membubarkan Parlimen terletak kepada parti berkenaan sahaja.

Walaupun, Perdana Menteri yang memiliki prerogatif menentukan tarikh PRU-15 setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong adalah wakil daripada UMNO dan BN, kerajaan yang ditubuhkan sekarang turut dianggotai parti lain.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pembubaran Parlimen tidak boleh dibuat sesuka hati dan secara tergesa-gesa tanpa kajian yang teliti kerana jika tersilap langkah ia boleh dianggap sebagai “membunuh diri”.

“Tarikh PRU-15 bukan boleh diumumkan begitu sahaja, banyak perkara perlu diambil kira termasuk, pertama hasil kajian sikap dilakukan oleh Wanita UMNO.

“Jika kita adakan PRU-15 tanpa mengambil kira sama ada BN boleh menang tiada gunanya. Bagi saya jika nak adakan PRU-15 kita wajib menang jangan jadi macam PRU-14 kita kata menang tapi akhirnya kalah teruk,” kata Ismail Sabri.

Beberapa jam sebelum Ismail Sabri membuat kenyataan itu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang namanya dikaitkan dalam skandal kapal tempur pesisir pantai (LCS) meneruskan desakan agar PRU-15 disegerakan kerana parti itu dilihat berpeluang cerah untuk menang besar kerana pembangkang sedang berpecah ketika ini.

Zahid memberi kata dua: “Segerakanlah (PRU-15) atau UMNO BN akan tewas PRU. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidaklah berguna.”

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim menafikan parti itu takut atau tidak bersedia menghadapi PRU, tetapi tindakan beberapa pihak yang menekan Perdana Menteri secara sepihak perlu menyedari realiti kerajaan hari ini.

“PAS serta komponan PN telah bersedia dalam semua keadaan, bahkan telah melancar jentera pilihanraya negeri- negeri dan pada 3hb Sept ini pelancaran Jentera Pilihanraya Peringkat Kebangsaan akan dilancarkan di Kedah sempena Muktamar PAS Pusat.

“Manakala PN dalam merayakan sambutan dua tahunnya, akan turut melancarkan jentera pilihanraya PN pada 27hb ini.

“Maka tidak timbul soal tidak bersedia atau lainnya. Kita yakin pihak berkepentingan akan terus menekan PM tanpa melihat realiti parti yang mendukung kerajaan kini,” katanya.

Berita berkaitan
Selepas selesai bertemu Agong, PM bertemu ‘top five’ UMNO pula
10 jam lalu· Politik
Buat PRU-15 itu pendirian UMNO, Menteri PN mahu utamakan rakyat dahulu
14 jam lalu· Politik
Zahid kata PM tak dihormati, tapi terlupa insiden ‘boo’ dalam dewan
15 jam lalu· Politik
Sekarang pun sudah ada tempat yang banjir, kata MetMalaysia
16 jam lalu· Isu semasa
Popular
Selepas selesai bertemu Agong, PM bertemu ‘top five’ UMNO pula
October 6, 2022
Zahid kata PM tak dihormati, tapi terlupa insiden ‘boo’ dalam dewan
October 6, 2022
Muhyiddin yakin PAS kekal dalam PN
October 6, 2022
Walau diberi kata dua PAS masih harap UMNO, Bersatu bekerjasama
October 6, 2022
Lagi Politik terkini
PRU-15: PN akan pertahan kerusi disandang, kata Wan Saiful
6 jam lalu · Politik
Muhyiddin yakin PAS kekal dalam PN
7 jam lalu · Politik
PN bincang manifesto PRU-15
8 jam lalu · Politik
Walau diberi kata dua PAS masih harap UMNO, Bersatu bekerjasama
13 jam lalu · Politik
PRU musim bencana strategi UMNO, peratusan keluar mengundi rendah
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
11 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok