BN sedia pertimbang kemasukan parti baharu Zuraida: Zahid

June 11, 2022 · Politik

Barisan Nasional (BN) sedia menimbang permohonan parti baharu yang bakal diterajui Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin selepas bertindak melompat parti menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Bagaimanapun, Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata setakat ini masih belum menerima permohonan rasmi daripada PBM yang dikatakan berminat untuk menyertai gabungan politik itu.

Jelas Zahid yang juga Presiden UMNO, berkata gabungan politik itu sedia menerima mana-mana parti yang yakin dengan prinsipnya sama ada PBM atau pihak lain.

“Di dalam Perlembagaan BN, terdapat tiga kategori parti atau individu iaitu parti teras, parti gabungan atau Friends of BN dan ketiga adalah ahli. Maka ketiga-tiga ini memperlihatkan keterbukaan BN untuk menerima mereka yang yakin dengan prinsip BN.

“Setelah melontarkan perkara ini dalam Konvensyen BN pada 1 Jun lepas, ini memberikan gambaran kesediaan kita untuk menerima bukan hanya PBM tetapi parti lain sebesar dan sekecil mana pun dalam kategori parti atau individu BN,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Wacana Aspirasi UMNO (WAU) 2.0 bertema ‘Cabaran dan Masa Hadapan Orang Muda’ hari ini.

Zahid juga berkata jika permohonan rasmi PBM diterima, beliau tidak akan membuat keputusan seorang diri sebaliknya akan membincangkan perkara itu bersama dengan pimpinan tertinggi BN.

Pada 26 Mei lalu Zuraida mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta keluar Bersatu untuk sertai PBM.

Zuraida menjelaskan langkahnya menyertai PBM kerana tertarik dengan perjuangan parti baharu berkenaan.

Berita berkaitan
Desakan Bubar MPN bukti ada pemimpin hanya pentingkan politik
9 jam lalu· Rencana
Zahid sepatutnya berundur, jadi perosak kestabilan negara: Wan Saiful
9 jam lalu· Politik
Tarikh PRU-15, Utusan dedah tidak pernah ada perbincangan ‘Top 5’ UMNO
10 jam lalu· Politik
Pemilihan parti, akar umbi UMNO bimbang akan dikuasai pemimpin berjawatan
16 jam lalu· Politik
Popular
Tarikh PRU-15, Utusan dedah tidak pernah ada perbincangan ‘Top 5’ UMNO
July 4, 2022
Pemilihan parti, akar umbi UMNO bimbang akan dikuasai pemimpin berjawatan
July 4, 2022
Ambillah kuda tua UMNO, kata Nur Jazlan label menteri PAS cap ayam
July 4, 2022
Selepas audit forensik undian Rafizi disahkan timbalan presiden PKR
July 4, 2022
Lagi Politik terkini
Selepas audit forensik undian Rafizi disahkan timbalan presiden PKR
4 jam lalu · Politik
Sultan Selangor nasihat pemimpin politik Melayu hentikan perbalahan
7 jam lalu · Politik
Ambillah kuda tua UMNO, kata Nur Jazlan label menteri PAS cap ayam
10 jam lalu · Politik
Zahid sahut cabaran Dr M, mahu dedah bukti video diugut bubar parti
16 jam lalu · Politik
Parti akan bincang guna lambang PN, kata Tuan Ibrahim
July 3, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok