BN Sabah umum tarik sokongan terhadap Hajiji, kerajaan Sabah bakal tumbang?

January 6, 2023 · Politik

Krisis politik di Sabah semakin hangat selepas UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengumumkan keputusan menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan keputusan hilang kepercayaan terhadap Hajiji selepas mengadakan mesyuarat parti itu sebentar tadi di Kota Kinabalu dan dijangka kerajaan negeri bakal tumbang sekali lagi.

Bung memberi alasan langkah menarik sokongan tersebut dibuat kerana Hajiji melanggar perjanjian yang dibuat sebelum ini dan Hajiji kini tidak lagi mempunyai parti selepas bertindak meninggalkan Parti Bersatu baru-baru ini.

“Kami dalam Barisan Nasional Sabah telah membentuk perjanjian dengan Perikatan Nasional selepas Pilihan Raya Negeri 2020.

“Tetapi jelas beliau telah melanggar perjanjian kami dengan memecat ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Usukan Datuk Seri Salleh Said Keruak sebagai pengerusi Qhazanah dan mengugut kami dengan rombakan.

“Kami telah sebulat suara memutuskan untuk menarik sokongan kami kepada kerajaan ini dan Hajiji sebagai Ketua Menteri,” katanya.

Bung berkata beliau menjangkakan 12 daripada 17 ADUN Umno serta bekas ADUN Parti Bangsa Malaysia Datuk Mohammadin Ketapi, yang turut hadir pada sidang media itu, menyokong tindakannya.

Buat masa ini, Warisan mempunyai 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala UMNO mempunyai 17 kerusi, menjadikannya 36 kerusi daripada 79 kerusi dalam DUN Sabah.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini mempunyai 29 kerusi, 15 daripadanya adalah bekas Bersatu; tujuh daripada Parti Bersatu Sabah (PBS); enam daripada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan satu daripada Parti Maju Sabah (SAPP).

GRS juga disokong oleh seorang ADUN bebas dan seorang ADUN Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS).

Berita berkaitan
MUDA kecil hati tak dijemput ke mesyuarat di pejabat UMNO, tapi logo di poster ada
59 minit lalu· Politik
Jangan tunduk dengan pekebun haram Musang King disokong DAP, kata Pemuda PAS Pahang
1 jam lalu· Isu semasa
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
8 jam lalu· Isu semasa
1MDB: Pendakwaan tarik balik rayuan lucut hak, wang UMNO disita dipulangkan
18 jam lalu· Isu semasa
Popular
KJ, Annuar, Noh bakal sertai PAS?
February 7, 2023
PH, BN bergabung hadapi PRN
February 8, 2023
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
February 8, 2023
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
February 8, 2023
Lagi Politik terkini
Dulu lantang kini diam, MUDA bidas pemimpin PH isu kapal tempur
26 minit lalu · Politik
Kerajaan UMNO-DAP Pahang teruskan agenda ‘dendam politik’
1 jam lalu · Politik
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
2 jam lalu · Politik
Polis langgar undang-undang tolak aduan wanita seluar pendek: ADUN DAP
4 jam lalu · Politik
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
4 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
7 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok