BN pula tukar calon setelah PN letak Tuan Ibrahim di DUN Cheka

November 3, 2022 · Politik

Selepas 24 jam Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan nama calon yang akan bertanding bagi Dewan Undangan Negeri (DUN), nama calon untuk DUN Cheka ditukar pada saat akhir.

Ia dilakukan setelah Perikatan Nasional (PN) meletakkan Menteri Alam Sekitar dan Air yang juga Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon di kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Sebelum ini, pada PRU-14 lalu, BN meletakkan wakil MCA Lee Ah Wong bertanding di kerusi DUN Cheka. Beliau menang dengan majoriti 202 undi apabila memperoleh 3,475 undi, mengalahkan calon PAS (3,273 undi) dan calon PKR (2,930 undi).

Difahamkan, BN bakal meletakkan calon daripada UMNO di kerusi DUN Cheka supaya mampu memberi saingan kepada Tuan Ibrahim yang turut diuar-uarkan sebagai Menteri Besar (MB) Pahang sekiranya PN menang besar dan mentadbir negeri itu.

Kawasan majoriti Melayu itu dikatakan dapat memberikan laluan mudah kepada Tuan Ibrahim yang dikenali penduduk di situ kerana berasal dari Kampung Batu Balai Jerantut bersempadan kawasan DUN Cheka.

Sebelum ini, Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifudin Abdullah berkata calon MB biasanya akan dipilih daripada parti yang mampu memenangi banyak kerusi DUN dalam PRU.

“Kita sudah ada calon Menteri Besar Pahang dan tentunya bukan saya sebagai Pengerusi PN Pahang… itulah cantiknya PN, saya pengerusi parti, Bersatu tidak tanding paling banyak kerusi dan saya bukan calon MB,” katanya.

Untuk rekod, PAS akan bertanding di 24 kerusi DUN Pahang, berbanding Bersatu (13 kerusi) dan Gerakan (lima). Pada PRU-14 lalu BN menang di 25 kerusi, PKR (sembilan) dan PAS (lapan).

Sebelum ini, PKR merancang menukar calonnya di Parlimen Sungai Buloh, Selangor, setelah BN meletakkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin di kawasan itu.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
3 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
4 jam lalu· Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
9 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
14 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
2 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
7 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
9 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
9 jam lalu · Politik
Jangan jadi Kerajaan Pak Pandir: Dewan Ulamak PAS tegur Anwar
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
9 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok