BN pejuang reformasi antilompat parti bukan pembangkang: Azalina

June 1, 2022 · Politik

Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said berpendapat Barisan Nasional (BN) adalah parti yang selama ini berjuang untuk pelaksanaan undang-undang antilompat parti.

“Walaupun ramai ada kata, kredit pada pembangkang, tetapi sebenarnya kepada BN yang selama ini berjuang untuk akta ini,” katanya pada Forum Konvensyen BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Disebabkan itu katanya, BN kini ibarat ‘janda berhias’ apabila ada pihak yang mahu menjadi calonnya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Justeru, menurutnya undang-undang antilompat parti itu perlu diluluskan segera sebelum PRU-15 supaya tidak memberi kesempatan kepada wakil rakyat menyertai parti lain.

“Insya-Allah pada Julai dengan kerajaan sedia ada ini yang mempunyai sokongan 34 ahli Parlimen,” katanya menurut Utusan.

Terdahulu, cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti yang sudah dimuktamadkan Jawatankuasa Pilihan Khas dijangka akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya 18 Julai ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata RUU itu akan membabitkan pindaan Perlembagaan Persekutuan menerusi Perkara 10, 48, dan penggubalan Artikel 49(a).

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Gua Musang yang juga bekas Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah dalam kenyataannya mendakwa RUU berkenaan tidak akan berjaya.

“Akta yang dibuat di Parlimen untuk mencegah lompat parti tak akan berhasil kerana dalam Perlembagaan, hak seseorang memilih pandangan dan parti yang dikehendakinya tidak boleh diusik.

“Jika tiba-tiba parti kita terbubar, ke mana kita nak pergi apabila ada akta tidak boleh lompat parti, tidak ada logik dari segi perundangan.

“Dia (kerajaan) tak boleh buat halangan dan sekatan macam itu, kalau tiba-tiba berlaku ’emergency’, tetap akan berlaku lompat parti untuk tubuh kerajaan baharu atau (nak keadaan) huru-hara,” kata Tengku Razaleigh.

Berita berkaitan
Rafizi ucap tahniah atas keberanian Mat Hasan sanggah Najib
8 jam lalu· Politik
Mat Hasan bercakap benar berhubung kes Najib, perlu masuk penjara dahulu
13 jam lalu· Politik
Selepas penafian Mat Hasan, Asia Times dedah rakaman asal audio wawancara
July 5, 2022· Politik
DAP jangka PRU-15 diadakan tahun depan
July 5, 2022· Politik
Popular
UMNO heret RoS ke mahkamah jika tak luluskan pindaan perlembagaan
July 6, 2022
Selepas penafian Mat Hasan, Asia Times dedah rakaman asal audio wawancara
July 5, 2022
Mat Hasan bercakap benar berhubung kes Najib, perlu masuk penjara dahulu
July 6, 2022
Rafizi ucap tahniah atas keberanian Mat Hasan sanggah Najib
July 6, 2022
Lagi Politik terkini
MoU 2.0 buka peluang kerajaan lakukan transformasi meluas
5 jam lalu · Politik
PKR Johor anjur ‘flash mob’ bantah kenaikan harga barang
8 jam lalu · Politik
UMNO heret RoS ke mahkamah jika tak luluskan pindaan perlembagaan
11 jam lalu · Politik
Pengikut Anwar tak puas hati tuduhan Rafizi, nafi cuba ubah keputusan
July 5, 2022 · Politik
Rafizi beri amaran kumpulan kalah pemilihan PKR hentikan ‘permainan’
July 5, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
3 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok