BN musuh Bersatu: Lihat kenyataan Muhyiddin dari sudut politik, PRU

September 28, 2022 · Politik

Kenyataan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Barisan Nasional (BN) adalah musuh utama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) perlu dilihat dari sudut politik, bukannya hubungan sosial sesama manusia.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi berkata tiada cacat celanya dengan kenyataan itu, sedangkan UMNO sendiri telah menolak Bersatu ketika perhimpunan agungnya.

Menurutnya kenyataan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dibuat dari sudut politik ketika acara rasmi Bersatu dan PRU-15, bukan dari sudut kontrak sosial hubungan sesama manusia.

“Kenyataan Presiden Bersatu, bahawa BN adalah musuh utama adalah susulan daripada ketetapan yang dibuat UMNO sendiri dalam Perhimpunan Agung parti itu yang muktamad menolak kerjasama dengan Bersatu.

“Pada 28 Mac lalu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan tegas menyatakan tiada kerjasama dengan Bersatu dan ketetapan itu bukan hanya dibuat Majlis Tertinggi, tetapi lahir daripada suara di peringkat akar umbi.

“Jadi tidak ada salahnya kenyataan yang dibuat oleh Presiden Bersatu kerana kita bercakap dari sudut politik bukan bercakap atas dasar kontrak sosial. Kalau kontrak sosial hubungan sesama manusia kita tidak pernah menyebut sesiapa sebagai musuh,” katanya.

Mohamed Farid yang juga Ketua Bahagian Bersatu Kota Bharu berkata pihaknya juga menyambut baik hasrat murni PAS dalam memperkasakan agenda penyatuan ummah yang beliau simpulkan sebagai agenda pengukuhan bangsa dan ummah

Katanya, malah ianya juga adalah hasrat parti Bersatu dalam memastikan kepentingan rakyat terjaga dan dibela.

Menurutnya perkara itu boleh dilihat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor dengan persaingan yang sengit melawan BN.

“Bagaimanapun PN akur dengan keputusan PRN lalu dan masih menyokong kerajaan sedia ada. Kita tidak mengambil langkah untuk meruntuhkan kerajaan dan masih menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Walaupun ada beberapa keputusan kerajaan yang tidak dipersetujui tetapi kepentingan rakyat di negara ini kita utamakan,” katanya lagi.

“Tidak ada salahnya ungkapan Tan Sri Muhyiddin tersebut, samalah juga bertepatan sekali kenyataan pemimpin-pemimpin PAS mendokong perpaduan ummah.”

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Kabinet minta PM tumpu kepada persiapan banjir, bukan PRU-15: Azmin
October 2, 2022
Bersatu tangguh pemilihan bahagian, MPT kecuali cawangan
May 13, 2023
PM Malaysia homoseks: Hamzah minta Anwar saman media Itali
December 19, 2022
Lagi Politik terkini
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok