BN mesti bergabung dengan PN untuk rampas semula Selangor

November 20, 2022 · Politik

Isu mengenai pembentukan Kerajaan Persekutuan kembali menjadi panas setelah tiada satu parti pun yang memperoleh majoriti mudah setelah Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selesai dijalankan semalam (19 November 2022).

Perhatian kini tertumpu kepada UMNO dan BN, sama ada mereka mahu memilih Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan (PH) yang turut dianggotai DAP – parti yang ditentang oleh UMNO.

Ada beberapa sebab kenapa UMNO perlu menolak bekerjasama dengan PH pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Yang penting adalah bagi mengelak parti itu dicop sebagai ‘Pengkhianat Bangsa Melayu‘.

Namun, ada seperkara yang tidak kurang pentingnya iaitu usaha merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor daripada tangan PH.

Pada PRU-15, BN dan UMNO membawa misi untuk menang sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen di Selangor, supaya menjadi pemangkin semangat merampas kembali negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN), tahun depan.

Ketika PRU-14 lalu, BN juga hanya menang empat kerusi Parlimen di Selangor, tetapi kali ini, mereka ditenggelamkan terus oleh Perikatan Nasional dan PH.

Daripada 22 kerusi Parlimen di Selangor, UMNO dan BN langsung tidak memenangi sebarang kerusi – suatu keadaan yang menunjukkan keangkuhan UMNO menolak perpaduan ummah bersama Bersatu dan PAS, memakan diri sendiri.

PH menguasai sepenuhnya Parlimen di Selangor apabila memenangi 16 kerusi, manakala Perikatan Nasional, enam kerusi.

Bagi peringkat DUN, pada PRU-13, BN hanya menang 12 daripada 56 kerusi DUN, berbanding 20 yang dimenangi pada PRU-12. Dan jumlah itu menurun lagi kepada tinggal empat sahaja pada PRU-14.

Perlu diingat bahawa demografi pengundi berubah apabila Akta Undi18 dikuatkuasakan sekali gus membolehkan individu yang mencecah usia 18 tahun secara automatin didaftar sebagai pemilih sah.

Di Selangor sahaja, kira-kira 273,703 pengundi berusia 18 hingga 20 tahun layak mengundi pada PRU-15 ini, sekali gus boleh merubah pola mengundi yang selama ini kecenderungan pilihan mereka sudah diketahui.

Berdasarkan statistik Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), kumpulan usia 21-59 tahun membentuk pengundi terbesar, iaitu 2,805,586 orang, daripada keseluruhan 3,677,848 pengundi di Selangor.

Menarik tentang Selangor ialah latar belakang pengundi yang sebahagiannya datang dari pelosok lain Malaysia untuk mencari rezeki lalu mendaftar diri sebagai pengundi, walaupun ada masih sanggup pulang ke kampung, terutama dari Kelantan dan Terengganu, untuk mengundi atas faktor sentimen tempatan.

Bagi pengundi bukan anak tempatan, peluang pekerjaan, perniagaan, kediaman dan keselesaan hidup faktor utama yang mendorong mereka mengundi kerajaan pilihan mereka, dan setakat ini PH berjaya memenuhi kehendak pengundi tersebut selain tidak lupa mengutamakan anak tempatan.

Bagaimana rancangan UMNO untuk merampas semula negeri terkaya di Malaysia itu – yang ditawan Pakatan Rakyat pada 2008 (PRU-12) yang ketika itu dianggotai PKR, DAP dan PAS – hendak menjadi kenyataan?

Hanya dengan menyingkirkan penentang perpaduan ummah di antara Bersatu, PAS dan UMNO sahaja, hasrat merampas kembali Selangor akan menjadi kenyataan.

Cukup sekadar mengambil contoh undi yang diperoleh calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Sungai Buloh dalam PRU-15 semalam.

Calon PH di Parlimen Sungai Buloh memperoleh 50,943 undi, manakala calon BN (48,250 undi) dan Perikatan Nasional (29,060 undi). Jika dicampur undi Perikatan Nasional dan BN (77,310 undi), ianya sudah mengatasi PH. Lihat sahaja apa yang berlaku di Perlis dan Perak.

Jumlah itu sekali gus menunjukkan jika UMNO bersetuju bergabung dengan PAS, Bersatu dan Gerakan membentuk perpaduan ummah, sudah pasti PH tidak akan menang. PH sebenarnya takut jika Bersatu, PAS dan UMNO bergabung.

Namun, keangkuhan kepemimpinan Zahid menolak perpaduan ummah akhirnya memberi peluang kepada PH yang turut dianggotai DAP, menang lebih banyak kerusi.

PRU-15 menyebabkan pihak tertentu gembira apabila Melayu berpecah kerana segelintir pemimpin yang gilakan kuasa dan mementingkan diri, takut masuk penjara.

Ketua Pengarang
Agenda Daily

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
32 minit lalu· Politik
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
5 jam lalu· Politik
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
10 jam lalu· Isu semasa
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
11 jam lalu· Politik
Popular
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
December 6, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
7 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
13 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
15 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
17 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
5 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok