BN kena terima PBM jadi rakan sekarang, bukan selepas PRU-15: Zuraida

October 23, 2022 · Politik

Sepatutnya Barisan Nasional (BN) menerima Parti Bangsa Malaysia (PBM) sebagai rakan dalam gabungan itu sekarang dan bukannya selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presidennya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata BN perlu membuat keputusan untuk menerima parti sebagai rakannya atau sebaliknya dan bukannya hanya membuat keputusan selepas berakhir PRU nanti.

“Mengenai kerjasama dengan BN, kita tunggu waktu hari penamaan calon.

“Kalau Friends of BN kita kena friend-friend now lah, cannot friend later. Friend later dah jadi cerita lain dah. Jadi kena berkawan dari sekarang,” katanya dipetik laporan media hari ini.

Zuraida berkata setakat ini tiada keputusan dimuktamadkan lagi berhubung permohonan PBM untuk bersama dengan BN.

Dalam pada itu, Zuraida mengesahkan akan bertanding semula di kerusi Parlimen Ampang menggunakan tiket parti lain kali ini.

Beliau yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi turut berkongsi keyakinannya untuk memenangi kerusi tersebut walaupun akan bertanding bersama parti baharu.

“Saya punya sikap adalah, this is a democratic country, anybody can come to Ampang and contest (ini negara demokrasi, sesiapa sahaja boleh bertanding di Ampang). They are most welcomed, anda (media) pun dialu-alukan untuk bertanding di Ampang.

Pada PRU-14 lalu, Zuraida yang ketika itu merupakan Naib Presiden PKR berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Ampang dengan majoriti 41,956 undi dalam saingan empat penjuru.

Namun Zuraida bertindak keluar parti pada 2020 untuk bersama-sama dengan Bersatu bagi menubuhkan kerajaan baharu menggantikan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Pada awal bulan ini, beliau diangkat menjadi Presiden PBM.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
1 jam lalu· Politik
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
2 jam lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
2 jam lalu· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
13 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
12 jam lalu · Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
14 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
17 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
19 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
19 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok