BN kalah teruk, gesaan Zahid letak jawatan trending di Twitter

November 20, 2022 · Politik

Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas gagal mempertahankan sejumlah besar kerusi yang dimenangi mereka pada PRU-14 lalu.

Susulan itu, desakan supaya Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berundur mula kedengaran selepas keputusan semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menyaksikan BN kalah teruk di kerusi Parlimen, manakala sehingga jam 2.40 pagi ini, kubu kuatnya Perlis telah dirampas Perikatan Nasional.

Setakat jam 2 pagi ini, makluman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan BN hanya menang di 25 kerusi Parlimen.

BN tewas semua kerusi Parlimen yang ditandingi mereka di Perlis, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Melaka, termasuk tewas di banyak kerusi kubu kuatnya.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi pula, BN yang diwakili empat parti utama termasuk UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) diramal tidak menang di lebih 40 kerusi Parlimen pada PRU15 kali ini.

Antara kerusi BN dan UMNO yang tewas kali ini termasuk Parlimen Jasin, Labuan, Mersing, Pasir Salak, Machang, Kepala Batas, Ketereh, Baling, Gerik, Arau, Gua Musang dan Padang Besar.

Lebih mengejutkan, kerusi disandang pemimpin utamanya seperti Naib Presiden UMNO, Datuk Mahadzir Khalid di Padang Terap dan Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Putrajaya, turut tewas kali ini.

Semua kerusi yang tewas itu dirampas Perikatan Nasional (PN).

Sementara itu, memetik tinjauan Sinar mendapati tanda pagar #ZahidHamidiLetakJawatan trending di Twitter dengan ratusan ciapan setakat jam 1.26 pagi ini (20 November 2022).

Selain itu, kata kunci ‘Zahid Hamidi’ juga trending di Twitter apabila mendapat lebih 600 ciapan di Twitter.

Seorang pengguna Twitter yang juga Exco BN, Ali Amir Razali menyuarakan rasa tidak puas hati beliau kepada Zahid yang disifatkannya membuat keputusan hanya untuk ‘menyelamatkan diri sendiri’.

Setakat jam 1 pagi ini, keputusan rasmi PRU15 menyaksikan BN hanya memperoleh 22 kerusi berbanding pesaingnya PN dengan 49 kerusi dan PH (46).

Menurut laporan itu, sebelum ini, Zahid merupakan individu yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen bagi menyegerakan PRU-15, di sebalik desakan pelbagai pihak termasuk pimpinan dalam UMNO untuk menangguhkan langkah tersebut.

Tindakan beliau yang juga Pengerusi BN menggugurkan beberapa pimpinan nama besar BN yang sebelum ini merupakan menteri di bawah pentadbiran Ismail Sabri turut menimbulkan persoalan dalam kalangan ahli parti itu.

Dalam pada itu, turut mencadangkan pengunduran Zahid ialah bekas Setiausaha Agung BN yang merupakan antara penyandang ahli Parlimen digugurkan sebagai calon pada PRU-15 iaitu Tan Sri Annuar Musa.

Dukacita teramat sangat. AI-Quran itu benar. Perpecahan menjadikan kamu lemah dan hilang kekuatan.

“Kami anjurkan muafakat, kami dilabel tidak setia. Kami minta jangan berpecah, kami yang menerima padah. Kini, ke mana kita nak dibawa?, mahu menjalin jajaran yang kita tolak? mahu melanggar keputusan PAU (Perhimpunan Agung UMNO) dan parti sekali lagi?

“Undurlah, cukuplah kebinasaan ini dan dengar suara rakyat serta fahami kehendak rakyat. Jangan sombong,” ujarnya.

Zahid ketika ini masih berhadapan dengan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi (YAB) di Mahkamah Tinggi.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
7 jam lalu· Politik
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
8 jam lalu· Politik
Ada kleptokrat jadi TPM, tak tahu kabinet Anwar ini apa dia? soal Samsuri
December 4, 2022· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
31 minit lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
2 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
4 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
5 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok