BN jual mahal pula, Tok Mat kata belum tentukan kerjasama dengan PH

January 27, 2023 · Politik

Barisan Nasional (BN) belum membuat keputusan mengenai kerjasama politik dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri.

Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata BN masih dalam peringkat menyusun dan melihat strategi yang terbaik bagi menghadapi pilihan raya itu nanti, menurut laporan Bernama.

“BN akan membuat persiapan jentera dulu, bagaimana cara untuk menghadapi pilihan raya nanti, siapa sekutu kita belum ditentukan.

“Saya belum dapat menjangkakan strategi yang bagaimana perlu dibuat dengan siapa kita mahu berganding bahu… itu belum cerita lagi mengenai pembahagian kerusi, banyak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Graduasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri di sini hari ini.

Mohamad yang merupakan Pengarah Pilihan Raya BN berkata beliau tidak menolak kemungkinan kerjasama yang ada di peringkat kerajaan pusat termasuk bersama Pakatan Harapan (PH) diteruskan untuk menghadapi PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah itu.

“Kemungkinan besar ada, apa pilihan yang kita (BN) ada, dalam keadaan begini, tidak banyak piihan, pilihan yang ada terhad, (BN) mesti melihat pilihan mana yang terbaik,” katanya.

Mohamad berkata BN juga telah membentuk jawatankuasa kecil bagi menjalankan post mortem susulan kekalahan semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu.

Katanya hasil post mortem itu termasuk jumlah undi yang diperoleh semasa PRU15 mengikut Pusat Daerah Mengundi (PDM) akan dijadikan rujukan untuk menghadapi PRN.

“Pertama mahu lihat post mortem, isu dan masalah dan baru lihat cara dan strategi bagaimana menghadapi PRN ini. Kita tidak boleh menidakkan apa yang telah berlaku kerana PRU15 merupakan, PRU terburuk dalam sejarah BN,” katanya.

Berita berkaitan
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
43 minit lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok