Blok pembangkang tak setuju potong gaji, gesa kerajaan tambah perbelanjaan pula

June 1, 2021 · Politik

Langkah kerajaan Perikatan Nasional (PN) memotong gaji Menteri dan Timbalan Menteri untuk disumbangkan bagi tujuan membiayai tabung Covid-19 tidak dipersetujui blok pembangkang sebaliknya mendesak supaya kerajaan menambah perbelanjaan untuk menampung kos menangani penularan pandemik.

Pakatan Harapan dalam satu kenyataan bersama mengkritik langkah tersebut tidak akan dapat menangani penularan pandemik Covid-19 yang berpunca daripada kelemahan kerajaan sendiri dan kenyataan tersebut juga menolak gesaan supaya Ahli Parlimen blok pembangkang turut memotong gaji mereka.

“Maka pengumuman bahawa Jemaah Menteri tidak akan mengambil gaji selama 3 bulan tidak mampu mengimbangi kegagalan total kerajaan ini, atau meredakan rasa takut rakyat akibat Covid-19 mahupun betapa terdesaknya begitu ramai rakyat Malaysia yang mahu diberi vaksin sekarang,” kata kenyataan tersebut yang ditandatangani Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan wakil DAP, Lim Guan Eng.

Pembangkang memberi alasan pemotongan gaji Ahli Parlimen mereka adalah tidak wajar memandangkan ia perlu digunakan untuk operasi pejabat di kawasan masing-masing.

“Menteri-menteri tidak perlu menggunakan elaun Ahli Parlimen mereka untuk biaya staf dan pejabat atau untuk memberi bantuan kepada penduduk di kawasan mereka,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pembangkang juga mendesak kerajaan (PN) menambah perbelanjaan dengan peruntukan yang lebih banyak walhal sebelum ini gabungan tersebut sering membidas hutang kerajaan yang meningkat ekoran pinjaman dibuat sebelum ini bertujuan untuk membantu rakyat yang terjejas akibat penularan Covid-19.

“Kerajaan Perikatan Nasional ini sepatutnya lebih berani berbelanja untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dan seterusnya menyelamatkan negara dari kancah kemelesetan.

“Suntikan tunai RM5 bilion sahaja langsung tidak memadai apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dijangka mendatangkan kerugian RM2.4 bilion sehari, serupa PKP 1.0 dahulu.

“Kesan kerugian kepada ekonomi dijangka berjumlah RM60 bilion bagi PKP 3.0 ini,” kata kenyataan itu lagi.

Tindakan kerajaan dalam memberikan bantuan kwwangan kepada rakyat juga tidak dipersetujui pembangkang atas alasan ia tidak memadai untuk membantu rakyat yang terjejas punca pendapatan mereka.

“Perdana Menteri juga nampaknya meneruskan langkah ekonomi dan kebajikan ortodoks yang sama dengan memberi bantuan one-off, walhal apa yang diperlukan sewaktu kita berada di dalam pandemik global ini adalah siri bantuan kewangan secara berkala untuk menyelamatkan pekerjaan, perniagaan, dan ekonomi negara kita,” kata kenyataan itu lagi.

Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan agar tiga bulan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dipotong dan disalurkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19.

Muhyiddin berkata, langkah yang diambil itu sebagai tanda kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak pandemik berkenaan.

“Sepertimana yang telah diamalkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama tahun lalu.

“Saya ingin memaklumkan tanda sokongan barisan Menteri dan Timbalan Menteri dengan tidak mengambil gaji selama 3 bulan mulai Jun 2021,” katanya dalam perutusan khas Perdana Menteri: Bantuan PKP 3.0 semalam.

Berita berkaitan
Permohonan Muhyiddin batal 4 tuduhan rasuah RM232.5 juta 11 Julai ini
May 31, 2023· Isu semasa
PMX enggan tarik balik tuduhan PN ditaja dana judi, dakwa ada asas
May 27, 2023· Politik
Zahid persoal kenapa PN mahu saman dirinya dalam isu dana judi
May 27, 2023· Politik
SPRM siasat anak bekas PM
May 23, 2023· Isu semasa
Popular
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
June 1, 2023
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
June 1, 2023
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
June 1, 2023
Lagi Politik terkini
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
10 jam lalu · Politik
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
10 jam lalu · Politik
Gelombang PN tak padam, dijangka kekal dalam PRN: Tuan Ibrahim
12 jam lalu · Politik
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
12 jam lalu · Politik
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
8 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok