Blok pembangkang setia kekal sokong Anwar walaupun ditipu

August 23, 2021 · Politik

Walaupun ditipu Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya memiliki majoriti untuk menjadi Perdana Menteri (PM), blok pembangkang tetap kekal menyokong Presiden PKR itu untuk terus mengetuai gabungan tersebut dan meneruskan agenda kepentingan rakyat.

Dalam satu kenyataan, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengulangi pendirian untuk berdiri teguh bersama Anwar dan memberikannya kepercayaan untuk terus menjadi pengerusi gabungan tersebut sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti.

“Majlis Presiden hari ini mengulangi komitmen bahawa Pakatan Harapan sebagai gabungan politik akan diperkukuh, di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi.

“Segala persiapan menuju Pilihan Raya Umum ke-15 akan dipergiat termasuk perbincangan kerusi, manifesto, barisan kepimpinan dan calon, serta strategi untuk memenangi mandat rakyat,” kata kenyataan tersebut.

Untuk rekod, Anwar gagal menjadi PM ke-9 selepas ditipu anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO.

Anwar pada awalnya sudah merancang dan begitu yakin akan mendapat sokongan Zahid selepas 15 Ahli Parlimen (MP) menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan.

Bagaimanapun, sebaliknya berlaku apabila dikhianati oleh Zahid dan 15 MP tersebut yang tidak menyokongnya semasa pencalonan PM ke-9.

Dalam kenyataan itu lagi, PH menggesa supaya semua parti pembangkang untuk berada bawah ‘khemas besar’ bagi melawan pihak tertentu yang berebut kuasa.

“Usaha menggembleng tenaga tersebut menerusi kaedah ‘Khemah Besar’ dikalangan ahli pembangkang mesti diberikan keutamaan mengatasi permainan dan percaturan politik kuasa yang diperalat oleh pihak tertentu untuk merebut kuasa dan jawatan yang hanya akan merugikan negara,” kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu ditandatangani Presiden PKR merangkap Pengerusi PH, Anwar, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Pada Sabtu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah sebagai PM-9 menggantikan Muhyiddin.

Muhyiddin melepaskan jawatan sebagai PM selepas hilang majoriti apabila 15 MP UMNO termasuk Zahid menarik sokongan terhadapnya.

Percaturan itu menyaksikan Ismail Sabri diangkat sebagai PM baharu bagi memimpin kerajaan.

Berita berkaitan
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
3 jam lalu· Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
4 jam lalu· Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
Popular
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Lagi Politik terkini
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023 · Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
7 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok