Bimbang UMNO gadai tanah, dusun durian kerana ‘sayangkan’ DAP

February 2, 2023 · Politik

Susulan tuntutan ‘teman kesayangannya DAP, supaya kerajaan negeri Pahang – yang dipimpin kedua-dua parti itu – membela hak pekebun durian musang king, Perikatan Nasional (PN) melahirkan kebimbangan UMNO mungkin menggadai tanah.

Kebimbangan itu disuarakan susulan tuntutan dibuat Ahli Parlimen (PH-DAP) Raub, Chow Yu Hui baru-baru ini, supaya Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melihat semula terma pajakan tanah ladang-ladang durian yang dianugerahkan kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri.

Timbalan Pengerusi PN Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata perkara ini dibangkitkan semula selepas pembentukan Majlis Penasihat Kerajaan Campuran Pahang, juga menunjukkan terdapat usaha pihak tertentu untuk meraih kepentingan dalam kerajaan negeri hari ini.

“PN Pahang menggesa kerajaan negeri tidak tunduk kepada desakan tersebut memandangkan Mahkamah Tinggi Kuantan sudah menolak permohonan 204 pekebun untuk mengenepikan notis pengosongan tanah oleh pihak pentadbir tanah negeri tiga tahun lalu.

“Berdasarkan rekod laporan media pada 2021, terdapat 4,400 hektar tanah diusahakan sebagai ladang durian di sekitar Raub adalah berstatus haram dan diusahakan tanpa sebarang kebenaran bertulis daripada kerajaan negeri.

“Hal ini sudah tentu mendatangkan impak kerugian hasil tanah bernilai puluhan juta ringgit kepada negeri ini. Jadi, PN Pahang menyokong supaya hasil-hasil ekonomi daripada industri durian dipulangkan semula kepada kerajaan negeri melalui anak-anak syarikat negeri Pahang,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat PN Pahang di Kuantan, menurut Utusan.

Pada 28 Januari lalu, Yu Hui meminta kerajaan negeri bertimbang rasa terhadap nasib pekebun durian musang king di Raub yang sudah lama mengusahakan tanah berbanding pemberian pajakan kepada syarikat Royal Pahang Durian Resources-Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (RPDR-PKPP).

Kata Yu Hui, semakan kehakiman masih diteruskan bagi menuntut keadilan dan membela hak pekebun selepas tanah diusahakan mereka dipajakkan kepada syarikat berkenaan.

Bagaimanapun atas semangat rundingan dan demi kebajikan rakyat, Yu Hui menyeru Menteri Besar yang mengetuai kerajaan perpaduan untuk mengkaji semula dasar pajakan tanah kepada pihak RPDR-PKPP.

Pada 27 Januari lalu, Wan Rosdy dalam kenyataannya menasihatkan pekebun durian musang king di Sungai Ruan, Sungai Chalit, Sungai Klau dan Tranum di Raub yang terlibat dengan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuantan supaya menimbang semula sama ada untuk meneruskan atau tidak tindakan permohonan semakan kehakiman tersebut.

Wan Rosdy dilaporkan berkata, kerajaan negeri berpandangan bahawa tanah-tanah yang dipertikaikan adalah tanah Kerajaan Negeri yang merupakan hak milik yang tidak boleh disangkal walaupun dalam konteks ekuiti.

Sebelum ini pada 3 Julai 2021 kawasan penanaman durian Musang King di Batu Talam seluas kira-kira 101 hektar melibatkan kira-kira 15,000 pokok telah ditebang kerana ditanam di kawasan hutan simpan kekal.

Mengulas lanjut, Rosli berkata, kerajaan negeri tidak perlu takut dengan gesaan dan ugutan pihak-pihak tertentu walaupun daripada rakan dalam kerajaan campuran kerana isu pencerobohan tanah secara haram merupakan isu yang mencabul kedaulatan negeri dan rakyat secara umum.

Beliau berkata, penceroboh perlu dikenakan tindakan seperti mana dilakukan kepada orang lain menerusi penyelesaian yang adil membabitkan semua isu pencerobohan mengikut lunas dan batasan undang-undang.

“PN Pahang juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudah membuka kertas siasatan pada 2020 bagi menyiasat kegiatan penerokaan tanah haram di Raub.

“Kita juga berharap supaya laporan siasatan itu dimaklumkan kepada orang ramai kerana selepas tiga tahun ia berlangsung tidak ada sebarang berita berkaitannya diumumkan,” katanya.

Berita berkaitan
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
21 jam lalu· Politik
Bila DAP nak ada Setiausaha Agung orang Melayu pula?
March 22, 2023· Politik
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
March 20, 2023· Isu semasa
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023· Politik
Popular
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
March 23, 2023
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
March 22, 2023
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023
Jangan pandang ringan ‘suara dari penjara’, kata KJ kepada UMNO
March 21, 2023
Lagi Politik terkini
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
1 jam lalu · Politik
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
10 jam lalu · Politik
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023 · Politik
Anwar beri cadangan dangkal cagar KWSP: Ketua Penerangan Bersatu
March 22, 2023 · Politik
‘Zaman Warisan sudah berlalu’
March 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
24 jam lalu
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok