Bimbang banyak skandal UMNO terbongkar Zahid desak PRU awal

August 21, 2022 · Politik

UMNO diserang oleh seteru politik menggunakan pelbagai persepsi atau isu kononnya untuk menggugat keyakinan akar umbi parti itu, hanyalah alasan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mempercepatkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata Presiden UMNO itu kini berada dalam situasi yang amat terdesak untuk menghalalkan PRU-15 diadakan segera.

“Sejak beliau memenangi jawatan pada Jun 2018, inilah pertama kali saya melihat Presiden UMNO, Ahmad Zahid berada dalam situasi yang sangat ‘desperate’.

“Sanggup menekan Kerajaan pimpinan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO agar disegerakan PRU-15 dengan alasan UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan tewas jika pilihan raya umum (PRU) dilengahkan.

“Mendakwa seteru UMNO ‘menyerang’ parti tersebut menggunakan pelbagai persepsi atau isu kononnya untuk menggugat keyakinan akar umbi.

“Walhal sebenarnya, UMNO kini tidak tertanggung dengan persepsi atau isu yang telah ditimbulkan oleh kumpulan kluster dalam parti terbabit,” katanya merujuk kepada Kluster Mahkamah yang sinonim dengan UMNO.

Sebaliknya, Dr Sahruddin berkata sekiranya PRU dilambatkan kemungkinan lebih banyak pembongkaran skandal yang didedahkan kepada masyarakat dan UMNO tidak mampu menanggung segala permasalahan yang timbul.

“Sebab itu kumpulan kluster dalam UMNO begitu terdesak untuk menyelamatkan diri masing-masing mutakhir ini.

“Maka sifir mudah adalah menyegerakan PRU dengan mendesak Perdana Menteri mendengar tuntutan yang dibuat. Kumpulan ini mungkin enggan menarik sokongan kepada Perdana Menteri dan kerajaan sedia ada, sebaliknya akan terus mengasak dan mendesak supaya PRU disegerakan,” katanya lagi.

Terdahulu, Zahid yang namanya dikaitkan dalam skandal kapal tempur pesisir pantai (LCS) meneruskan lagi desakan agar PRU-15 disegerakan kerana parti itu dilihat berpeluang cerah untuk menang besar kerana pembangkang sedang berpecah ketika ini.

Mengulas lanjut Dr Sahruddin bagaimanapun, berkata apa juga tindakan Zahid dan kumpulan kluster itu pada masa kini tidak akan dapat mengubah pandangan rakyat secara umumnya terhadap parti tersebut yang dilihat semakin rosak.

Desakan terhadap kerajaan agar menyegerakan PRU kata Dr Sahruddin jelas mencerminkan UMNO hanya sibuk untuk merebut kuasa sekali gus tidak cakna dengan keadaan rakyat yang terhimpit dengan cabaran semasa.

“Rakyat perlukan pembelaan daripada kerajaan untuk kembali pulih selepas terjejas dari sudut sosio dan ekonomi. Sedarlah bahawa rakyat semakin celik politik.

“Usahlah manipulasi situasi dengan menyalahkan pihak lain kerana kebimbangan UMNO itu sendiri yang kian rebah akibat kelakuan tidak bermoral kumpulan kluster,” katanya.

Berita berkaitan
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
6 jam lalu· Politik
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
10 jam lalu· Politik
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
10 jam lalu· Politik
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
12 jam lalu· Politik
Popular
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
June 9, 2023
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
June 9, 2023
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
June 9, 2023
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
June 9, 2023
Lagi Politik terkini
Tiada masalah DAP beri jawatan Exco kepada UMNO jika menang PRN, kata KM Pulau Pinang
13 jam lalu · Politik
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
14 jam lalu · Politik
DAP tak akan mohon maaf pada UMNO, sudah ‘move on’
16 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO gesa DAP minta maaf, Zahid minta henti kenyataan guris hati
18 jam lalu · Politik
Anwar atas pentas PAU, perwakilan dalam dewan laung ‘bebas Najib’
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
15 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok