Beza tindakan 12 menteri PN hantar surat dengan khianat 15 MP UMNO

October 7, 2022 · Politik

Tindakan 12 menteri Kabinet daripada Perikatan Nasional (PN) menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong menolak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan tahun ini, tidak boleh ditafsir hilangnya kepercayaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebaliknya, pengkhianatan 15 ahli Parlimen (MP) daripada UMNO sebelum ini yang menarik sokongan kepada PN, dianggap lebih teruk sehingga kerajaan yang dibangunkan untuk membela rakyat telah tumbang.

Penolakan PN untuk mengadakan PRU tahun ini adalah berasas kerana seluruh negara akan berdepan dengan bencana alam, seperti hujan lebat dan banjir, yang biasa berlaku setiap tahun mulai November hingga Mac.

Malah, untuk rekod, MetMalaysia meramalkan Malaysia bakal mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November depan, yang sekali gus akan menyebabkan banjir besar pada penghujung bulan itu.

Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif dalam tempoh itu, di mana risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.

Berbanding pengkhianatan 15 MP UMNO yang bertindak menarik sokongan terhadap kerajaan PN dan Perdana Menteri (PM) ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 3 Mac 2021, dilakukan bagi menyelamatkan pemimpin parti yang berdepan pelbagai tuduhan jenayah, termasuk rasuah dan salah guna kuasa.

Sehari kemudian, Muhyiddin pada sidang media menjelaskan bahawa terdapat pihak yang kurang senang dengan ketegasan beliau untuk tidak melayan beberapa tuntutan mereka.

“Ini termasuk desakan supaya saya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.

“Saya juga telah dituduh menderhaka kepada Raja sedangkan apa yang saya lakukan adalah semata-mata untuk memelihara keluhuran Perlembagaan dan mempertahankan kemuliaan institusi Raja Berperlembagaan.

“Saya tidak akan mengorbankan prinsip saya dan membelakangi sumpah jawatan saya untuk menunaikan segala kewajipan dengan jujur, menumpahkan taat setia kepada Raja dan Negara serta memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan,” kata Muhyiddin.

Terdahulu, hari ini (7 Oktober 2022), Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berpendapat keabsahan kerajaan ketika ini semakin berkurangan dengan tindakan 12 menteri Kabinet PN mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung pendirian gabungan itu menolak PRU-15 diadakan tahun ini.

Menurutnya langkah 12 menteri Kabinet PN itu mengurangkan sebanyak 40 peratus keabsahan kerajaan sedia ada.

“Ia (tindakan 12 menteri Kabinet PN) dilihat sesuatu yang tidak baik berlaku dalam kerajaan pentadbiran sekarang, apabila ada 12 menteri tulis surat sedemikian rupa.

“Selaku anggota Kabinet, mereka sepatutnya boleh selesaikan perkara itu pada mesyuarat Kabinet. Oleh itu pada pandangan saya, ia tidak wajar dibuat kerana sepatutnya menteri membincangkan ketidaksetujuan dalam Kabinet, bukan diumumkan di luar.

“Ia melambangkan ketidakpercayaan kepada apa yang ingin dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya pada sidang media sebelum perasmian Mesyuarat Puteri UMNO Bahagian Pontian, di Rumah UMNO Pontian, seperti dilapor BH.

Bagaimanapun, pendapat Ahmad disanggah oleh Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin yang berkata isu sokongan kepada PM adalah perkara berbeza berbanding pendirian PN berhubung pembubaran Parlimen dan PRU-15.

“Itu (menarik sokongan kepada PM) bab lain. Ini bab pilihan raya,” katanya.

Beliau menjelaskan mengenai isu sama ada surat daripada 12 anggota Kabinet PN kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan pendirian tidak bersetuju PRU-15 diadakan tahun ini juga bererti PN menarik sokongan kepada PM.

Mengulas surat berkenaan, Hamzah dilaporkan berkata pendirian mereka dibuat berdasarkan konsensus dalam kalangan parti komponen PN yang tidak bersetuju PRU-15 dilaksanakan ketika musim tengkujuh dan risiko banjir besar.

“Kami menteri-menteri terima arahan untuk tidak mahu diadakan PRU pada masa terdekat kerana kita mengikut keputusan parti,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan semua 12 menteri daripada PAS dan Bersatu mewakili PN menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan pendirian tidak bersetuju jika PRU-15 dilaksanakan tahun ini.

Anggota Kabinet PN tidak bersetuju PRU-15 diadakan tahun ini atas faktor musim tengkujuh yang diramalkan berisiko mencetus bencana banjir besar hujung tahun ini, selain faktor pemulihan ekonomi yang memerlukan tumpuan penuh kerajaan.

Baru-baru ini, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki membangkitkan persoalan sama ada surat daripada anggota Kabinet Bersatu dan PAS itu boleh dianggap sebagai mereka hilang kepercayaan kepada PM.

Berita berkaitan
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023· Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023· Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023· Politik
Popular
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
Ribuan rakyat Kedah sambut Sanusi di lapangan terbang
July 18, 2023
Pegawai Zahid bidas Isham Jalil buat gelabah selepas UMNO kalah PRN
August 18, 2023
Lagi Politik terkini
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023 · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023 · Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023 · Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023 · Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
13 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok