Betulkah Anwar tak sakit kepala lepas ‘cai’ Rafizi kuasai MPP?

July 17, 2022 · Politik

Selepas majoriti kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dikuasai ‘angkatan perang’ Rafizi Ramli, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini kelihatan memuji timbalannya.

Semalam, Anwar menegur Rafizi supaya menggunakan saluran parti dalam membuat kritikan dan menasihatinya supaya menghormati setiap keputusan parti tersebut.

“Sekarang ini dia (Rafizi) seolah-olah di pinggiran dan (seolah-olah) dia tidak berada dalam kepemimpinan utama. Jadi (sepatutnya) apabila ada keputusan bersama, dia mesti pertahankan.

“Jadi saya fikir sentimen disuarakannya bertentangan dengan yang kita dengar dari keseluruhannya (perwakilan), di mana mereka mahu lihat parti bersatu, kuat dan fokus menyerang musuh. Itu sentimen dalam kongres,” kata Anwar mengulas kenyataan Rafizi mengenai popularitinya.

Rafizi sebelum ini berkata tidak ada keperluan untuk orang di sekeliling Anwar mempertahankannya daripada kritikan dan sentiasa “membodek” Ahli Parlimen Port Dickson itu.

Pada Jumaat, beliau juga berkata pemilihan terbaharu yang dijalankan oleh Invoke mendapati populariti Anwar semakin berkurangan.

Rafizi sebelum ini mengeluarkan senarai pasukannya atau “cai” dalam pemilihan MPP dan daripada senarai tersebut 13 berjaya memenangi jawatan yang ditawarkan dalam badan tertinggi PKR itu.

Mengulas lanjut, Anwar dalam ucapan penangguhan Kongres Nasional Ke-16 PKR di Shah Alam, hari ini (17 Julai 2022), menyifatkan ucapan Rafizi ibarat Panadol baginya.

“Ya, Rafizi kontroversi; kadang-kadang, dia membuat saya sakit kepala.

“Percakapannya seperti Panadol. Sekarang sakit kepala saya hilang,” kata Anwar berseloroh.

Rafizi, dalam ucapannya, meyakinkan Anwar bahawa beliau tidak akan meninggalkan parti, tetapi menegaskan bahawa beliau tidak bercadang untuk mengurangkan sikap lantangnya.

Menurutnya beliau tidak akan mengkhianati parti atau Anwar seperti yang dilakukan oleh pendahulunya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada 2020 dengan “Langkah Sheraton”.

Sementara itu, Anwar memuji pemilihan dalaman baru-baru ini kerana memberi nafas baharu kepada parti itu dan menyebabkan ramai orang kecewa kerana mereka membayangkan keputusan yang berbeza.

Malah beliau menyifatkan beberapa penyokongnya tidak memahami kekuatan hubungannya dengan Rafizi.

“Saya jamin saya tidak akan terluka (dengan tindakan Rafizi). Masalahnya kita ada ramai penyokong yang tidak faham perjuangan kita.

“Hubungan kami kuat. Kami tidak berperang dengan mereka yang tidak mengkhianati kami atau mereka yang tidak rasuah,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara
November 30, 2022· Politik
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
November 29, 2022· Politik
Jangan ugut penjawat awam kerana dendam politik: Wan Saiful
November 29, 2022· Politik
MB Negeri Sembilan sokong Tok Mat jadi TPM
November 25, 2022· Politik
Popular
Tiada wakil UMNO dan DAP di Kementerian Kewangan, dedah NST
December 2, 2022
Anwar tangguh umum barisan Kabinet, isu lantikan Zahid buat kepala pening?
December 1, 2022
Laporan tangguh Kabinet buat Anwar rimas, janji selesai sehari dua lagi
December 2, 2022
Asyraf disaran puji balik DAP serta padam status FB maki PH
December 1, 2022
Lagi Politik terkini
MB Pahang pun sudah jadi macam Zahid, kuat menipu sekarang: Saifuddin
3 jam lalu · Politik
Masih mahu kekalkan Zahid sebagai Presiden, UMNO akan berdepan penolakan total
3 jam lalu · Politik
Tiada wakil UMNO dan DAP di Kementerian Kewangan, dedah NST
13 jam lalu · Politik
Laporan tangguh Kabinet buat Anwar rimas, janji selesai sehari dua lagi
13 jam lalu · Politik
Asyraf disaran puji balik DAP serta padam status FB maki PH
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok