Besar kemungkinan Najib akan diampun: Dr Mahathir

August 25, 2022 · Politik

Baru beberapa hari Datuk Seri Najib Razak menjalani hukuman penjara 12 tahunnya tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad sudah meramalkan bekas Perdana Menteri itu mungkin diberikan pengampunan.

Dr Mahathir mengulas berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini yang mengekalkan sabitan terhadap Najib dalam kes SRC International Sdn Bhd dengan menyifatkan kes tersebut mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan sehingga menyebabkan keadilan terabai.

“Ada penjenayah yang meninggal dunia pun. Kelewatan perbicaraan akan menghasil keadilan terabai.

‘Tugas masa lalu Nazlan dalam Maybank, tidak beri kesan dalam perbicaraan SRC’ – Mahkamah Persekutuan

“Sekarang Najib dibicara berkenaan kes lain yang juga akan mengambil masa yang panjang. Saya percaya hakim-hakim juga kurang senang dengan begitu banyak kes tertangguh,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Pengerusi Parti Pejuang itu juga menyalahkan pasukan peguam Najib sebagai punca kelewatan keputusan dalam kes mahkamah dihadapinya.

“Kelewatan ini menjadi lebih buruk kerana perlakuan Najib dengan peguamnya. Bermacam alasan diguna untuk menghalang perbicaraan.

“Sekarang banyak laporan dibuat berkenaan kes rasuah yang serius yang belum dibicara. Besar kemungkinan penjenayah akan terlepas dari dihukum kerana jenayah yang dilakukan oleh mereka,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut mengenai hukuman penjara terhadap Najib, Dr Mahathir tidak menolak berkemungkinan besar beliau akan mendapat pengampunan terhadap semua kesalahan jenayah yang dilakukannya.

“Benarlah seperti pepatah Inggeris bahawa keadilan yang tertangguh adalah keadilan yang terabai. Bagi Najib, besar kemungkinan ia akan diampun setelah dipenjara,” katanya lagi.

Pada 3 Julai 2018, Najib ditahan Pasukan Petugas Khas 1MDB, di kediamannya di Jalan Langgak Duta, sekitar jam 3 petang dan dibawa ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Beliau kemudiannya didakwa di Mahkamah Sesyen dengan tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan menyalahgunakan kuasa dana RM42 juta SRC.

Mahkamah Rayuan pada 21 Mac 2019 menolak tiga daripada empat rayuan interlokutori Najib, benarkan permohonan tangguhkan perbicaraan dan pada 3 April 2019, perbicaraan kes berkenaan bermula selama 58 hari.

Mahkamah Tinggi kemudiannya menetapkan 28 Julai 2020 sebagai keputusan dan pada tarikh berkenaan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dan memerintahkannya dipenjara 12 tahun dan didenda RM210 juta.

Selepas pelbagai situasi termasuk prosidingnya dijalankan secara dalam talian ketika negara dilanda pandemik Covid-19, akhirnya pada 23 Ogos lalu, Najib gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik SRC.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak rayuan bekas Perdana Menteri itu bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
19 jam lalu· Isu semasa
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Popular
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Johor berhak putuskan had umur minimum ADUN, hormat autonomi negeri
June 18, 2022
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok