Bertabahlah wahai Zahid! Ini semua kehendak Allah bukan kezaliman PN

January 25, 2022 · Politik

Setelah solat hajat dan doa dibacakan kelmarin, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam diperintah membela diri atas semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram

Semua kes salah laku dan jenayah itu, dilakukannya ketika dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri kerajaan Barisan Nasional (BN) suatu ketika dahulu sebelum UMNO tumbang pada Pilihan Raya Umum 2018.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud prima facie – keterangan yang berhubung dengan fakta yang diterima mahkamah sebagai bukti kesalahan tertuduh – dalam kes itu.

Dia menghadapi 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah setelah keputusan itu dibuat, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu enggan menjawab soalan wartawan sebaliknya memberi kenyataan ringkas bahawa dia akur dan menghormati keputusan mahkamah. Berita berkaitan

“Saya secara peribadi, serta peguam saya akur dengan keputusan mahkamah seperti yang dibacakan hakim kerana itu hak mutlak hakim, dan keakuran ini tidak terhenti pada hari ini,” katanya.

Namun dalam kenyataan jam 1.28 tengah hari semalam di Facebooknya, Presiden UMNO itu yakin apa yang berlaku adalah dugaan dan cabaran yang mempunyai hikmah, sekali gus dia mengakui keputusan diperintah membela diri itu adalah ketentuan Allah.

Sesungguhnya keputusan dibuat Sequerah itu serta langkah diambil Presiden UMNO untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi, berlaku atas kehendak Allah jua.

Sebagaimana yang pernah Zahid katakan bulan lalu bahawa tumbangnya Kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah atas kehendak Allah, maka apa yang berlaku sepanjang proses mahkamah hingga hakim membuat keputusan itu, juga adalah kehendak Allah.

Mengimbas semula apa yang disebut Zahid pada 18 Disember lalu sebagaimana dilaporkan Malaysiakini, dia menggelar Kerajaan PN sebagai zalim dan mendakwa UMNO dianiaya selama 18 bulan pentadbiran gabungan yang turut disertai partinya.

Presiden UMNO itu juga dilaporkan berkata kerajaan PN tumbang kerana kehendak Allah.

Malaysiakini melaporkan pada 18 Disember lalu dengan tajuk ‘Zahid gelar PN zalim, tumbang kerana kehendak Allah’:

“Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggelar kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai zalim dan mendakwa Umno dianiaya selama 18 bulan pentadbirannya.

“Berucap ketika merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Bagan Datuk hari ini, Ahmad Zahid berkata kerajaan PN sebelum ini tumbang kerana kehendak Allah.

“Kita mahu kerajaan 18 bulan itu ditukar atas kezaliman, kebejatan, kelemahan yang dilakukan,” katanya.

“Ucapan itu disusuli petikan daripada ayat 26 surah Ali Imran yang bermaksud bahawa Allah merupakan pemilik segala kekuasaan dan memberikan kuasa kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.” Berita berkaitan

Sama ada kenyataan Zahid bahawa Kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin benar-benar zalim atau tidak, hakikatnya rakyat mengetahui PN telah membela nasib mereka dengan menyalurkan berbilion-bilion ringgit bantuan, khusus kepada orang miskin, susulan pandemik Covid-19.

Puluhan bilion ringgit disediakan Kerajaan PN untuk membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19, termasuk membeli lebih 55 juta vaksin, selain memberi Bantuan Khas Covid-19 berjumlah RM4.6 bilion kepada rakyat.

Di bawah Kerajaan PN jugalah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan untuk memberi suntikan vaksin secara percuma dalam usaha mengekang penularan virus itu dalam komuniti.

Kini, seperti diakui Kementerian Kesihatan (KKM) ternyata, PICK didapati mengurangkan dengan amat ketara sekali dari segi kadar jangkitan Covid-19, kemasukan ke hospital dan seterusnya membolehkan rakyat Malaysia menjalankan semula kehidupan di dalam norma baharu demi kualiti kehidupan yang lebih baik. Berita Berkaitan

Sebenarnya, bagi sesiapa yang mengikuti perbicaraan kes Zahid itu, khususnya wartawan, mereka sudah menjangkakan bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga bekas Menteri Dalam Negeri itu akan diperintah membela diri dalam kes berkenaan.

Apapun, bertabahlah Zahid kerana apa yang berlaku semuanya atas kehendak Allah.

Cuma tidak perlu Zahid mengubah hakikat dan memainkan sentimen bahawa “ramai memahami apakah sebenarnya pendakwaan itu, tetapi jangan sesekali kita putus pengharapan. Pemimpin UMNO akan terus melawan pendakwaan yang dikenakan terhadap kami sejak era kerajaan 22 bulan.”

Presiden UMNO itu masih berdepan 40 pertuduhan menerima rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), melibatkan jutaan ringgit yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Dalam kea di Shah Alam, dia berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB sebagai dorongan untuk dirinya, selaku pegawai badan awam iaitu Menteri Dalam Negeri, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan OSC di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, dia juga didakwa sebagai menteri sama telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.
Semua ini juga adalah ketentuan Allah.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Penjelasan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan
November 21, 2022
Tak dapat jawatan MB, UMNO N. Sembilan harap dapat banyak jawatan Exco
August 16, 2023
PM Malaysia homoseks: Hamzah minta Anwar saman media Itali
December 19, 2022
Kalau kita pecat dia untung kerana dapat jadi MP bebas, kata Razali
November 11, 2023
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok