Bersiap-sedia pembubaran Parlimen esok, kata Setiausaha Agung DAP

October 10, 2022 · Politik

Spekulasi pembubaran Parlimen akan diumumkan esok semakin kuat dengan dijangka Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membuat sidang media khas esok.

Malah, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dalam hantaran di akaun media sosialnya berkata esok Parlimen akan dibubarkan dan menggesa jentera parti bersiap-sedia untuk turun menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

“Kini saya dalam perjalanan pulang ke KL untuk bersiap sedia dengan pembubaran Parlimen esok.

“Lawan tetap lawan! Lawan sampai menang!” kata Loke.

Terdahulu, laporan media juga melaporkan tiada jadual mesyuarat Kabinet pada minggu ini juga sudah dikosongkan, sekaligus memberi isyarat jelas PRU-15 akan berlangsung pada masa terdekat.

Media juga melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob [ada petang tadi dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong itu tanpa disedari media yang seperti biasa akan menunggu di luar pintu pagar Istana Negara kerana kebanyakannya menumpukan kepada sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Memetik laporan, akhbar itu difahamkan perdana menteri permohonan untuk pertemuan itu telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen, sekali gus membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan.

“Pembubaran Parlimen mungkin seawal esok,” lapor NST memetik sumber sebagai berkata.

Difahamkan juga, Ismail Sabri akan menghantar Yang di-Pertuan Agong yang akan mengadakan lawatan khasnya ke United Kingdom mulai esok hingga 16 Oktober.

Lawatan khas baginda dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke London termasuk mengadakan pertemuan dengan Raja Charles III di Istana Buckingham pada 12 Oktober.

Terdahulu, MalayMail memetik sumber sebagai berkata UMNO akan mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Khas malam esok (10 Oktober 2022), tatkala spekulasi bahawa Parlimen akan dibubarkan minggu depan semakin bertiup kencang.

“Malam esok, akan ada mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO,” lapor MalayMail memetik sumber ketika dihubungi.

Pertemuan itu dijangka berlangsung selepas mesyuarat biro politik parti yang juga akan diadakan pada sebelah malam.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
6 jam lalu· Politik
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
7 jam lalu· Politik
Ada kleptokrat jadi TPM, tak tahu kabinet Anwar ini apa dia? soal Samsuri
December 4, 2022· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
7 minit lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
1 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
4 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
5 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok