Bersatu umum calon sehari dua lagi

October 30, 2022 · Politik

Pengagihan kerusi antara parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) telah selesai dan parti komponen, Bersatu, akan mengumumkan senarai calonnya dalam “sehari dua lagi”, kata Ketua Penerangan PN Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut Azmin, rundingan pembahagian kerusi sesama parti komponen dalam PN berjalan dengan baik dan harmoni tanpa sebarang insiden tidak diingini, malah berjaya mencapai kata sepakat tanpa sebarang kontroversi seperti parti lain.

“Pembahagian kerusi telah dibincangkan dengan baik dan masing-masing (parti komponen) juga gembira dengan pengagihan kerusi itu,” katanya dan menambah pengagihan kerusi itu dimuktamadkan dengan cukup harmoni.

PN dianggotai Bersatu, PAS, Gerakan, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP).

Azmin yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berkata Bersatu telah memuktamadkan calon PRU15 parti itu yang akan diumumkan dalam tempoh satu dua hari.

“Tumpuan kita untuk pilihan raya ini adalah mewujudkan gabungan kerajaan yang kuat, bersih serta dapat menjamin masa depan rakyat dan negara,’’ katanya yang juga merupakan Pengerusi PN Selangor.

Azmin berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Bicara Transformasi Pendidikan Bersama-sama Komuniti di Dewan Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi PRU15 pada Sabtu ini (5 Nov), hari pengundian pula pada 19 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.

Berita berkaitan
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok