Bersatu tetap teguh walaupun jika Muhyiddin berundur: Razali

August 6, 2022 · Politik

Kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menolak andaian bahawa parti itu akan berkubur jika Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi menjadi pemimpin utama.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Datuk Razali Idris memberi contoh ketika Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi memimpin parti itu.

“Ini dibuktikan selepas Dr Mahathir tidak lagi memimpin Bersatu… Bersatu tidak terkubur apabila Muhyiddin mengambil alih menerajui walaupun langsung tidak menonjolkan diri sebelum itu.

“Dalam Bersatu seseorang pemimpin tidak akan menonjol selagi “bos” masih mengetuai, kerana budaya diamalkan adalah untuk kekal taat kepada ketua yang menerajui parti.

“Kita ada sikap tertib dalam menguruskan parti atau menguruskan jawatan. Kita tidak menonjol merentasi nombor satu. Kita mempunyai pelapis, malah pelapis muda pun ramai.

“Ada dalam MPT Bersatu sekarang ini dari kalangan profesional yang sebelum ini tidak menyertai mana-mana parti. Kita ada doktor, ada PHD, kita ada pelbagai,” katanya menurut FMT.

Razali yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu berkata tindakan Muhyiddin memberi bayangan akan berundur selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) membuktikan bahawa dalam Bersatu tidak boleh “tongkat langit” untuk kekal menjadi ketua sampai bila-bila, selain menjadi isyarat supaya parti bersiap sedia menyusun pelapis.

“Kita Bersatu tak macam parti lain, pegang jawatan tak nak lepas sampai bila-bila… Tengok parti lain macam mana? Ada Presiden PKR kata nak berhenti? Ada pemimpin (presiden) UMNO kata nak berhenti? Presiden AMANAH, Mohamad Sabu nak berhenti?

“Tidak ada. Tapi kita Bersatu tertib akan beri peluang kepada generasi penerus menerajui parti, bukannya nak jadi ‘bos’ sampai bila-bila,” katanya lagi.

Beliau juga mengakui Muhyiddin sebelum ini pernah beberapa kali menyatakan hasrat untuk bersara dari politik, namun pucuk pimpinan yang mahukannya kekal mengetuai PRU-15.

Katanya, ramai pemimpin pelapis ada dalam Bersatu yang mampu kelak menarajui parti, antaranya Timbalan Presiden Ahmad Faizal Azumu; Naib Presiden Radzi Md Jidin; Ronald Kiandee; Mohd Rafiq Naizamohideen; serta Ketua Penerangan Wan Saiful Wan Jan sekalipun mereka mungkin berdepan pelbagai kritikan dalam memantapkan pengalaman.

“Mereka sekarang sedang merintis pengalaman, jadi kita akui ada kelemahan dalam proses itu, tapi itu semua proses untuk lebih baik. Malah dalam Bersatu juga kita ada pemimpin pelapis lain yang mempunyai pengalaman politik, seperti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Hamzah Zainudin.”

Seorang lagi ahli MPT Muhammad Faiz Na’aman pula, jika Bersatu rapuh dan tiada watak yang mampu meneruskan kepimpinan parti pasca-Muhyiddin, mengapa pula UMNO “panik” menjadikan Bersatu sasaran musuh politik utama.

“Persoalan sama ada ‘ori’ atau tidak itu sekadar persepsi sesama orang politik sahaja, sedangkan mereka di luar tetap akan memandang kami sebagai orang BersatU selagi menjunjung logo parti ini,” katanya, dengan menambah sekalipun Muhyiddin bersara beliau tetap diperlukan sebagai penasihat politik.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
Popular
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Johor berhak putuskan had umur minimum ADUN, hormat autonomi negeri
June 18, 2022
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok