Bersatu tak tamak kerusi PRU-15, hanya mahu PN menang: Razali

August 19, 2022 · Politik

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak tamak dalam menguasai kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebaliknya hanya mahu memastikan calon Perikatan Nasional (PN) menang.

Sehubungan itu, Bersatu bersedia bertolak ansur melepaskan kerusi yang disandang sekarang kepada mana-mana komponen PN, sekiranya kajian mendapati calon parti berkenaan boleh menang sama ada peringkat Parlimen atau DUN.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Datuk Razali Idris berkata jika kajian mendapati Bersatu sukar untuk menang di kerusi berkenaan parti itu bersedia memberi laluan kepada anggota komponen lain yang boleh menang.

“Jika kajian dan soal selidik mendapati kerusi (disandang) Bersatu gagal untuk menang (jika diwakili calon Bersatu), kita bersetuju serahkan kepada parti lain asalkan daripada parti gabungan PN yang mampu mempertahankan dan memenangi kerusi terbabit.

“Pimpinan parti dalam gabungan PN bukannya bersikap tamak, sebaliknya hanya memilih parti yang diyakini menang untuk bertanding,” katanya menurut BH.

Razali berkata walaupun Bersatu sememangnya mahukan semua 31 kerusi Parlimen yang dikuasai ketika ini dipertahankan parti itu dalam PRU-15, namun keputusan penuh mengenai pengagihan kerusi akan ditentukan pada mesyuarat jawatankuasa tertinggi PN.

Katanya, semua parti yang bertanding inginkan kemenangan, tetapi kajian secara menyeluruh termasuk soal selidik di peringkat akar umbi perlu dilakukan untuk memastikan kerusi yang boleh dimenangi calon parti.

PN kini mempunyai 49 kerusi di Parlimen dengan 31 daripadanya milik Bersatu; PAS (17) dan satu kerusi daripada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Selain gabungan Bersatu, PAS dan STAR, Gerakan turut bergabung dengan PN, selain sayap bersekutunya.

Sementara itu, Razali yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu berkata Naib Presiden Datuk Seri Ronald Kiandee, diberi tanggungjawab oleh pucuk pimpinan tertinggi parti dan kini sedang melakukan kajian serta mengenal pasti kerusi Parlimen yang perlu dipertahankan dan mampu dimenangi calon Bersatu pada PRU akan datang.

Katanya, kajian dilakukan parti akan diserahkan kepada Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumi untuk dibentangkan pada mesyuarat jawatankuasa pilihan raya peringkat PN.

Selain itu, beliau berkata, calon ditampilkan PN bagi menghadapi PRU akan datang juga akan melalui proses tapisan dan hanya yang berintegriti serta bebas daripada gejala rasuah akan diberi mandat mewakili parti untuk bertanding.

“Pengagihan kerusi akan dibuat sebaik jawatankuasa pilihan raya selesai melakukan kajian, tetapi senarai calon dan jumlah kerusi bagi setiap parti gabungan PN akan diumumkan selepas pembubaran Parlimen,” katanya.

Berita berkaitan
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
3 jam lalu· Politik
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023· Politik
Bukan mahkamah bebaskan Zahid tapi pendakwa raya tarik pendakwaan: Idris
September 22, 2023· Politik
Bekas guru calon PN di PRK DUN Pelangai
September 21, 2023· Politik
Popular
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023
Lagi Politik terkini
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
3 jam lalu · Politik
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023 · Politik
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023 · Politik
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023 · Politik
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
26 minit lalu
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok