Bersatu tak takut berpolitik tapi dahului kebajikan rakyat

March 29, 2021 · Politik

Srikandi Bersatu, tidak takut untuk berpolitik, namun parti itu sebaliknya lebih menumpukan kepada mendahului kebajikan rakyat yang sedang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Sehubungan itu, Srikandi Bersatu menasihatkan semua provokasi politik dihentikan, sebaliknya mengutamakan perpaduan dan keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum dan agama.

“Segala bentuk provokasi dan cubaan mengganggu-gugat kestabilan politik di negara ini perlu dihentikan, kata Ketua Srikandi, Datuk Seri Rina Mohd Harun, hari ini.

Katanya, Bersatu sentiasa memelihara kestabilan politik dan keselamatan negara serta berusaha memacu pembangunan ekonomi demi kepentingan rakyat.

“Srikandi Bersatu akan sentiasa berdiri teguh bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kelak dan sedia bertanding semua kerusi sekiranya UMNO tidak mahu toleransi.

“Justeru, kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepemimpinan Perdana Menteri akan terus komited dalam memberikan sepenuh tumpuan kepada keselamatan rakyat, kesihatan awam dan pertumbuhan ekonomi ke arah Malaysia yang sejahtera,” katanya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, kesungguhan kerajaan dapat dilihat dengan usaha memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dan yang terkini Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).

“Dalam usaha memerangi pandemik Covid-19 yang belum selesai, pemimpin perlu bersatu tanpa mengira ideologi politik dan fokus perlu diberikan terhadap usaha kerajaan dalam mewujudkan imuniti kelompok menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan,” katanya.

Berita berkaitan
Skandal LCS: Anwar sokong cadangan Bersatu tubuh RCI
4 jam lalu· Politik
Bersatu serah memorandum kepada Agong minta RCI kapal tak siap
August 10, 2022· Politik
BN umum keputusan permohonan parti Zuraida minggu hadapan: Tok Mat
August 9, 2022· Politik
Spekulasi Senator Bersatu boikot RUU larang tukar parti tak benar: Wan Junaidi
August 8, 2022· Politik
Popular
Bagi UMNO, pendedahan skandal LCS dipertikai kerana Pengerusi PAC dari DAP
August 12, 2022
Nizar layak tanding di Pekan tatkala Najib kemuka rayuan akhir kes SRC
August 12, 2022
Skandal LCS: Anwar sokong cadangan Bersatu tubuh RCI
August 12, 2022
Skandal LCS: Mat Maslan kata tak rasa UMNO akan kalah dalam PRU-15
August 11, 2022
Lagi Politik terkini
Pindaan perlembagaan UMNO tangguh pemilihan belum selesai: RoS
5 minit lalu · Politik
Nizar layak tanding di Pekan tatkala Najib kemuka rayuan akhir kes SRC
28 minit lalu · Politik
Bagi UMNO, pendedahan skandal LCS dipertikai kerana Pengerusi PAC dari DAP
4 jam lalu · Politik
Anwar pertimbang bertanding di kawasan Parlimen lain pada PRU-15
17 jam lalu · Politik
Skandal LCS: Mat Maslan kata tak rasa UMNO akan kalah dalam PRU-15
24 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok