Bersatu tak pernah tolak perpaduan ummah tiga parti, kata Muhyiddin

October 9, 2022 · Politik

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata parti itu tidak pernah menolak usaha perpaduan ummah yang ikhlas yang dibuat parti komponen Perikatan Nasional (PN), PAS, termasuk bekerjasama dengan UMNO demi kesejahteraan negara.

“Jadi jangan salahkan Bersatu.. jangan salahkan PAS. Nak salah siapa? Nak salah siapa?… bukan saja tak terima dia (UMNO) tolak kita.

“Sampai saya pun tertolak jatuh daripada jawatan perdana menteri,” kata Muhyiddin yang juga Pengerusi PN pada Majlis Pelancaran PN Perak, di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, malam tadi.

Malah, menurut Muhyiddin, Bersatu sentiasa mendukung usaha perpaduan ummah yang dilakukan PAS, termasuk untuk bekerjasama dengan UMNO, bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang amat prihatin tentang masalah rakyat dan negara.

“Saya sentiasa terbuka… saya memaklumkan kepada Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, timbalan presiden, naib presiden, setiausaha agung.

“Bila mana usaha dibuat oleh tuan guru sebagai Presiden PAS untuk mempelopori usaha menyatupadukan antara satu perpaduan ummah… saya sebagai Presiden Bersatu mendukung kerana saya juga berpegang kepada ayat al-Quran supaya berpegang kepada “berpeganglah kamu kepada tali Allah dan jangan sekali-kali kamu bercerai-berai.”

Ini kata ialah untuk mewujudkan kesatuan dan perpaduan serta dibincangkan dalam kalangan pemimpin PAS dan Bersatu, katanya sambil sekali lagi menjelaskan bahawa beliau sentiasa menyokong langkah yang dilakukan Abdul Hadi.

“Saya sentiasa sokong langkah Presiden PAS berbincang, tidak kira dengan siapa pun. Sebab itu bila dikatakan PAS hendak bertemu dan berbincang dengan UMNO, Bersatu tidak pernah melarangnya kerana langkah itu bermula dengan niat yang baik,” katanya.

Muhyiddin mengimbas semula pada 2020 ketika Muafakat Nasional (MN) antara PAS dan UMNO dibentuk dan kemudian mengajak Bersatu untuk turut serta.

Menurutnya Bersatu dijemput untuk bersama-sama pada 18 Ogos 2020 apabila menyusul surat rasmi daripada Abdul Hadi dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Bersatu kemudian berbincang dalam majlis tertinggi dan kami berpendapat kalau itulah niatnya adalah suatu yang baik kita harus memikirkan semasak-masaknya supaya kita juga bersama untuk menyertai Muafakat Nasional.

“Saya nak terangkan ini bukan kerana apa… nak membuktikan bahawa atas niat dan nawaitu yang baik… apa sahaja usaha dibuat oleh sesiapa pun kita (Bersatu) dukung… kita sokong,” katanya.

Beliau berkata malang, selepas itu Bersatu tidak menerima apa-apa khabar berita dan kesediaan daripada UMNO untuk menerima Bersatu menyertai MN.

Bukan itu sahaja, katanya, Perhimpunan Agung UMNO 2020 membuat keputusan untuk menolak Bersatu, sedangkan sejak awal parti itu membuat pelawaan.

“Jadi, jangan salah Bersatu… dan juga jangan salahkan PAS,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
8 minit lalu· Politik
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
5 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
6 jam lalu· Politik
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
10 jam lalu· Isu semasa
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
11 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
13 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
14 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
16 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
5 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok