Bersatu tak bergantung parti lain dalam PN, kata Rosol Wahid

August 13, 2022 · Politik

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menolak dakwaan bahawa parti itu kononnya bergantung kepada parti komponen lain di dalam Perikatan Nasional (PN).

Malah, dakwaan dibuat bekas pemimpin PAS yang dipecat daripada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali bahawa Bersatu adalah sebuah parti kecil, adalah tidak benar sama sekali.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Rosol Wahid berkata PN yang dianggotai Bersatu, PAS, Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Gerakan mempunyai peranan tersendiri untuk mengukuhkan lagi gabungan itu di bawah satu bendera.

“Sebab itu tak timbul isu siapa guna siapa… parti mana pergunakan parti apa kerana terdapat perjanjian persefahaman (MoU) yang telah dimeterai antara semua parti di bawah PN.

“Kita semua bekerja sebagai satu pasukan yang besar di bawah nama PN,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Program Jualan Keluarga Malaysia di sebuah pasar raya dekat Manir di Kuala Terengganu, hari ini.

Khairuddin yang turut dipecat sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini dilaporkan berkata Bersatu yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah ‘parti kecil’ yang hanya bergantung kepada kekuatan parti lain dalam PN.

Malah, bekas pemimpin PAS itu juga menyifatkan tindakan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang menjalinkan kerjasama dengan Bersatu adalah strategi salah kerana sepatutnya kerjasama itu dijalin dengan UMNO.

Mengulas lanjut, Rosol yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, sesiapa sahaja boleh memberi pandangan peribadi mereka namun penilaian sebenar dan paling penting bagi PN adalah penerimaan rakyat di peringkat akar umbi.

Sejak awal penubuhan, Bersatu meletakkan dirinya sebagai sebuah parti untuk orang Melayu dan Pribumi yang menawarkan politik dan pentadbiran yang bersih, berintegriti dan memerangi amalan rasuah, serta menjaga kebajikan dan kemakmuran untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum.

Berita berkaitan
KPM ambil langkah tangani nasib guru besar, rundingan capai persetujuan: Radzi
10 jam lalu· Isu semasa
Tuan Ibrahim sokong cadangan Speaker tetapkan tarikh PRU secara automatik
12 jam lalu· Isu semasa
MB Kelantan jawab dakwaan Nur Jazlan kata PAS guna alasan banjir tolak PRU-15
12 jam lalu· Politik
DAP tolak PRU awal walaupun terpaksa terima kerajaan huru-hara, kata Loke
17 jam lalu· Politik
Popular
Bukan salah UMNO apabila kerajaan gagal, kata Azalina
September 29, 2022
Hanya dengan letak Ahmad Said sebagai ‘poster boy’, UMNO menang Terengganu: Rozi
September 29, 2022
MB Kelantan jawab dakwaan Nur Jazlan kata PAS guna alasan banjir tolak PRU-15
September 29, 2022
DAP tolak PRU awal walaupun terpaksa terima kerajaan huru-hara, kata Loke
September 29, 2022
Lagi Politik terkini
Guna isu banjir elak PRU awal, Zahid kata pembangkang munafik
11 jam lalu · Politik
Bukan salah UMNO apabila kerajaan gagal, kata Azalina
12 jam lalu · Politik
UMNO yang tolak dan anggap sebagai musuh dahulu, kata ahli MPT Bersatu
16 jam lalu · Politik
Aneh apabila pembangkang pula tak mahu PRU awal, kata Rahman Dahlan
16 jam lalu · Politik
Hanya dengan letak Ahmad Said sebagai ‘poster boy’, UMNO menang Terengganu: Rozi
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Guru besar kekal sebagai pentadbir sekolah, kata Radzi
5 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan masih kaji kanabis sebagai rawatan penagih, bukan hukuman
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok