Bersatu serah notis kekosongan empat kerusi Parlimen di Sabah

December 29, 2022 · Politik

Bersatu mengesahkan menghantar notis kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat memaklumkan mengenai kekosongan luar jangka kerusi Parlimen, susulan tindakan empat ahli Parlimen (MP) yang keluar parti baru-baru ini.

Naib Presidennya, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata Bersatu berpendirian keempat-empat Ahli Parlimen berkenaan hendaklah terhenti menjadi ahli Dewan Rakyat dan perlu mengosongkan kerusi mereka, menurut Perkara 49A(3) Perlembagaan Persekutuan.

“Selanjutnya telah dimohon juga kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat supaya perkara ini dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh 21 hari daripada tarikh penerimaan notis bertulis supaya proses pilihan raya dapat diatur bagi mengisi kekosongan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Empat MP berkenaan ialah Datuk Armizan Mohd Ali (Parlimen Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang).

Ronald yang juga MP Beluran, melalui surat bertarikh 3 November 2022 daripada Setiausaha Badan Pimpinan Bersatu Sabah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Bersatu itu telah mengesahkan bahawa keempat-empat ahli Dewan Rakyat tersebut adalah antara calon yang akan bertanding pada PRU-15 sebagai anggota Bersatu.

Keahlian mereka dalam GRS juga adalah sebagai anggota parti Bersatu, kata Ronald.

Beliau menambah, kenyataan Pengerusi GRS, yang juga Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada 2 November lalu turut mengumumkan bahawa terdapat enam calon daripada parti Bersatu akan mewakili GRS untuk bertanding dalam PRU-15.

“Walau bagaimanapun, pada 10 Disember 2022, Hajiji telah membuat satu kenyataan media yang menyatakan bahawa kesemua pemimpin parti Bersatu Sabah telah keluar dari parti.

“Pada sidang Dewan Rakyat 19 Disember 2022 lalu, keempat-empat Ahli Dewan Rakyat tersebut telah berada di blok kerajaan.

“Tindakan menyertai dan duduk di blok yang tidak menyokong parti Bersatu yang diterajui oleh Muhyiddin, dan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang adalah ‘crossing the floor’ dan ia melanggar janji pilihan raya mereka kepada pengundi,” katanya menurut Awani.

Susulan tindakan berkenaan, Ronald berkata, keahlian mereka sebagai anggota parti Bersatu telah gugur mengikut perlembagaan parti Bersatu dan perkara tersebut telah dimaklumkan melalui surat bertarikh 21 Disember 2022.

Pada 10 Disember, kepimpinan Bersatu Sabah yang dipimpin Hajiji mengumumkan meninggalkan Bersatu dan secara kolektif menjadi ahli GRS.

Sementara pada 12 Disember lalu, Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun yakin empat ahli Parlimen gabungan itu tidak terjejas dengan Akta Anti-Lompat Parti.

GRS dan empat ahli Parlimen berkenaan, ujar beliau, menyedari sepenuhnya Akta Anti-Lompat Parti yang berkuatkuasa pada 5 Oktober lalu sebelum mereka bertanding sebagai calon untuk PRU15.

Berita berkaitan
Dewan Rakyat: Cadangan KWSP dicagar untuk buat pinjaman jadi tumpuan
March 21, 2023· Isu semasa
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
March 20, 2023· Politik
Bersatu buat laporan polis terhadap PMX, dakwa salahguna kuasa arah siasatan
March 15, 2023· Politik
Muhyiddin minta dibicarakan, pertuduhan tidak melibatkan wang masuk ke akaun peribadi
March 13, 2023· Isu semasa
Popular
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
March 23, 2023
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
March 22, 2023
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
March 23, 2023
Lagi Politik terkini
Mampukah Zahid, pasukan baharu UMNO kikis imej perasuah, sakau?
38 minit lalu · Politik
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
2 jam lalu · Politik
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
11 jam lalu · Politik
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
22 jam lalu · Politik
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok