Bersatu serah jawatan MB kepada PAS jika PN tawan Perlis: Laporan

September 30, 2022 · Politik

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Hamzah Zainudin membayangkan seorang pemimpin PAS mungkin mengetuai kerajaan Perlis jika gabungan itu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), lapor Utusan Malaysia hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Bersatu dilaporkan berkata parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu juga mengiktiraf PAS sebagai “abang sulung” PN di Perlis.

Beliau menambah bahawa PAS harus berada di barisan hadapan untuk mengetuai PN Perlis dalam menghadapi PRU-15 PN dan bukannya kedua-dua parti gabungan itu “menyerang” antara satu sama lain.

“Saya sebut abang sebab kita bagi sokongan kepada pemimpin PAS yang akan kita kekalkan untuk pimpin negeri ini.

“Jadi, salahkah kalau abang kita dari PAS akan jadi Menteri Besar di Perlis (selepas PRU-15),” katanya dipetik sebagai berkata.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pertemuan Khas Bersama Barisan Kepimpinan PN Negeri Perlis di Hotel Seri Malaysia di Kangar, semalam. Hadir sama, Pesuruhjaya PAS negeri merangkap Pengerusi PN Negeri, Mohd Shukri Ramli dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu, Abu Bakar Hamzah.

Sementara itu, Hamzah berkata menerusi pertemuan berkenaan, pihaknya juga turut mengingatkan semua anggota PN agar tidak menghebahkan strategi parti menerusi media sosial bagi menggelakkan pihak lawan mengambil kesempatan.

“Apa yang penting, kita kenali dan percaya antara satu sama lain di samping mewujudkan kerjasama bagi membuktikan PN dapat menawan negeri Perlis,” katanya.

Dalam pada itu, Hamzah berkata, pertemuan itu juga adalah bagi meminta setiap anggota PN Perlis untuk bersiap sedia menghadapi PRU-15 dan meyakinkan mereka tentang sokongan yang diperoleh gabungan itu termasuk dari kalangan bukan Bumiputera.

Tambah beliau, terdapat pertambahan sokongan bukan Bumiputera terhadap PN direkodkan menjelang PRU-15.

“Saya juga rasa amat bangga kerana kita dapat buktikan yang pemimpin PN tidak boleh dipersoal dari segi intergriti,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
11 jam lalu· Politik
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
21 jam lalu· Isu semasa
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
22 jam lalu· Politik
Annuar Musa antara Ketua Bahagian dipecat UMNO, selain dua Ketua Wanita
22 jam lalu· Politik
Popular
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
13 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
14 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
16 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
17 jam lalu · Politik
Kerajaan kuat saman, pengguna media sosial bidas PM-10 cepat koyak
December 8, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
15 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok