Bersatu Selangor bidas Noh hanya mahu perkuda PAS demi kepentingan

December 2, 2021 · Politik

Kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar yang mengakui kerjasama dengan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN) diperlukan jika mahu merampas Selangor daripada Pakatan Harapan (PH) menunjukkan sikap tidak ikhlas dalam bekerjasama, kata Bersatu Selangor.

Ketua Penerangan Bersatu Selangor, Mohd Hamidi Abu Bakar berkata kenyataan Noh itu secara tidak langsung memperlihatkan pemimpin UMNO hanya ‘memperkudakan’ sentimen penyatuan demi kepentingan masing-masing dan bukannya demi orang Melayu-Islam.

“Ia memperlihatkan sikap sebenar segelintir pemimpin UMNO yang ‘memperkudakan’ sentimen penyatuan.

“Tidakkah Tan Sri Noh Omar sedar, di negeri seperti Terengganu, pemimpin UMNO negeri menolak keras MN dan berpendapat BN boleh menang jika bergerak secara solo di sana.

“Begitu juga di Negeri Melaka dalam PRN Melaka yang lepas, pemimpin BN Negeri Melaka juga menolak MN dan menolak perbincangan bersama pemimpin PAS di Melaka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hamidi juga mempersoalkan keikhlasan dalam menjalinkan kerjasama apabila kerjasama MN hanya digunakan untuk memenangkan UMNO di negeri yang sukar untuk mereka menang sahaja.

“Adakah ini strategi BN bagi memenangi Pilihanraya di negeri seperti Selangor yang BN tidak boleh menang jika bersendirian? Hanya bersama MN di tempat yang tidak boleh menang tetapi meninggalkan MN bilamana BN boleh menang bersendirian?

“Jika inilah strateginya, maka keikhlasan segelintir pemimpin UMNO boleh dipersoalkan oleh rakyat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Hamidi membidas sekarang sudah terbukti UMNO hanya memperjuangkan kerjasama MN sekiranya menguntungkan mereka dan bukan demi memperkukuhkan penyatuan sebenar kaum Melayu-Islam.

“Sudah tiba masanya pemimpin UMNO seperti Tan Sri Noh Omar bermuhasabah, adakah fokus utama BN semata-mata mencari ‘kuasa mentadbir’ manakala penyatuan yang disebut selama ini tidak ‘seikhlas’ penyatuan sebenar orang Melayu dan Islam.

“Tuan-tuan yang budiman, seperti murai berkicau disiang hari, jelas dan terang bahawa BN hanya memperjuangkan ‘muafakat’ jika ianya memberi kelebihan politik kepada mereka,” katanya lagi.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
5 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok