Bersatu Sarawak akan bantu GPS dalam PRN, akur keputusan Presiden

November 27, 2021 · Politik

Bersatu Sarawak akur dengan keputusan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sarawak Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian berkata pihaknya juga menyokong penuh Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam memastikan gabungan tersebut memperoleh kemenangan pada PRN itu.

“Ahli-Ahli Bersatu Sarawak akan turun membantu kempen serta menggerakkan seluruh jentera bagi memastikan GPS mencapai kemenangan besar dan cemerlang pada PRN Sarawak kali ini.

“Kita memberi kepercayaan kepada Abang Johari untuk membawa kemenangan dan sekali gus mempertahan kerajaan negeri pimpinan GPS,” menurutnya dalam kenyataan hari ini lapor Bernama.

Muhyiddin hari ini mengumumkan Bersatu tidak akan bertanding pada PRN Sarawak yang berlangsung pada bulan depan.

Pengerusi Perikatan Nasional itu berkata keputusan tersebut dibuat selepas sesi perbincangan bersama Abang Johari baru-baru ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengumumkan tarikh penamaan calon bagi PRN Sarawak ditetapkan pada 6 Dis, pengundian awal pada 14 Dis dan pengundian pada 18 Dis.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Pemuda UMNO kekal pendirian, tak takut cabaran Dong Zong: Akmal
May 2, 2023
Akar umbi tolak Anwar, tapi Presiden mahu pula: Ismail Mohamed
April 25, 2021
MP UMNO Kalabakan bakal sertai GRS? Pemuda dakwa dipinggirkan
May 6, 2023
Lagi Politik terkini
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok