Bersatu, PAS saling tumpang, amalan biasa kata Wan Saiful

March 4, 2023 · Politik

Parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) saling tumpang-menumpang dalam memperjuangkan agenda gabungan itu.

Bekas ketua penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata amalan itu menjadi perkara biasa dalam arena politik Malaysia.

“Mana-mana parti dalam Malaysia memerlukan rakan untuk saling tumpang menumpang.

“UMNO menumpang MCA, menumpang MIC, menumpang semualah yang ada di dalam itu (BN). Sekarang UMNO menumpang (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, UMNO menumpang DAP,” katanya dipetik FMT.

Ketika diminta mengulas soal kekuatan Bersatu tanpa PAS, Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu berkata pimpinan tertinggi Bersatu sendiri tidak segan silu mengakui partinya tidak boleh bersendirian dalam perjuangan.

Katanya, realiti politik di negara ini menuntut parti yang ingin memerintah harus bersedia untuk bekerjasama dengan gerakan politik lain.

“Kami (PN) saling melengkapi sebab itu ia strategi yang berjaya,” katanya.

Beliau turut menyentuh soal prestasi PN pada PRU-15 lalu yang disifatkan amat menggembirakan selepas gabungan itu berjaya menawan 74 kerusi Parlimen dengan 31 daripadanya disumbangkan Bersatu dan selebihnya dimenangi PAS.

“PAS bawa kekuatan jentera, Bersatu bawa kekuatan imej dan reputasi yang dipercayai rakyat dan Gerakan bawa agenda pelbagai budaya.

“Kewujudan parti politik ini akhirnya untuk mewujudkan kerjasama yang membolehkan kita membantu rakyat,” katanya.

Tambahnya lagi Bersatu tidak perlu menjadi alternatif kepada UMNO kerana sememangnya rakyat sudah menganggap parti yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin itu lebih baik daripada UMNO yang dipimpin Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Berita berkaitan
Hanya perang saraf UMNO selepas kalah, kata Hadi
March 19, 2023· Politik
Bersatu buat laporan polis terhadap PMX, dakwa salahguna kuasa arah siasatan
March 15, 2023· Politik
Kecam perarakan cosplay PAS di Terengganu, tapi membisu perarakan bendera LGBT?
March 15, 2023· Isu semasa
Muhyiddin minta dibicarakan, pertuduhan tidak melibatkan wang masuk ke akaun peribadi
March 13, 2023· Isu semasa
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
14 jam lalu · Politik
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
16 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
19 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
21 jam lalu · Politik
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
17 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok