Bersatu mahu mahkamah putuskan status empat MP Sabah keluar parti

January 17, 2023 · Politik

Empat Ahli Parlimen (MP) Bersatu di Sabah yang keluar parti akan diheret ke mahkamah bagi memutuskan sama ada mereka tersebut masih kekal sebagai wakil rakyat atau perlu mengosongkan kerusi yang dimenangi semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang tersebut diambil susulan keputusan Speaker Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul yang mengekalkan status MP terhadap empat bekas MP Bersatu itu walaupun sudah melanggar akta lompat parti yang diluluskan sebelum ini.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Johari membuat tafsiran khilaf berhubung kedudukan kerusi MP itu yang dimenangi pada PRU-15 tersebut.

Menurut Muhyiddin, Johari memutuskan bahawa mereka telah menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada 27 Oktober tahun lalu dan sekali gus menyaksikan keahlian mereka dalam Bersatu gugur serta-merta pada waktu itu selaras dengan Fasal 10.2.3 perlembagaan parti tersebut.

Klausa itu menyebut bahawa keahlian seseorang dalam Bersatu ditamatkan serta-merta selepas pengumuman keluar parti atau tindakan menyertai “parti politik lain”.

Muhyiddin berhujah bahawa Fasal 10.2.3 tidak terpakai kepada keempat-empat wakil rakyat itu kerana mereka adalah ahli Bersatu dan parti berkenaan adalah pengasas serta parti komponen GRS pada masa itu.

“Justeru, GRS tidak boleh ditafsirkan sebagai ‘parti politik lain’ mengikut semangat dan intipati Fasal 10.2.3 Perlembagaan Bersatu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam surat itu, ia jelas menyenaraikan empat ahli Dewan Rakyat tersebut adalah calon GRS dari parti Bersatu, kata Muhyiddin, sambil menambah surat-menyurat itu telah diserahkan kepada Johari sebagai bukti.

“Memandangkan kuasa mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang terletak pada mahkamah, Bersatu akan merujuk perkara ini ke mahkamah supaya keluhuran undang-undang sentiasa terpelihara.

“Saya percaya mahkamah tempat yang sesuai untuk mendapatkan keadilan dalam hal ini memandangkan Yang Dipertua Dewan Rakyat daripada parti Pakatan Harapan adalah pihak yang 

berkepentingan,” katanya.

Pada 28 Disember tahun lalu, MP Beluran yang juga Ketua Bersatu Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee menulis kepada Johari dan mendakwa empat MP itu – Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Datuk Matbali Musah (Sipitang) – perlu mengosongkan kerusi masing-masing.

Ini kerana keempat-empat mereka telah melanggar Perkara 49(A) Perlembagaan Persekutuan apabila membuat pengumuman untuk keluar daripada Bersatu pada 10 Disember tahun lalu.

Sebagai sebahagian daripada siasatannya, Johari memohon penjelasan daripada keempat-empat mereka.

Semalam, Johari menulis kepada semua pihak terlibat memaklumkan bahawa aduan Ronald tidak sah dan keempat-empat boleh mengekalkan kerusi masing-masing.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
5 jam lalu· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok