Bersatu keluar PH kerana takut tidak disokong oleh orang Melayu: Muhyiddin

October 11, 2022 · Politik

Keputusan Bersatu bertindak keluar daripada gabungan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini disebabkan bimbang akan ditolak oleh orang Melayu yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan kerajaan ketika itu.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan matlamat asal untuk duduk bersama-sama dalam PH sebelum ini adalah bertujuan untuk melawan pemimpin kleptokrasi UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang banyak melakukan kerosakan dan mencuri duit rakyat.

“Selepas kita bergabung untuk bersatu dalam Pakatan Harapan, muslihat dan matlamat kita waktu itu tidak lain ialah untuk menjatuhkan kleptokrasi… supaya kerajaan Barisan Nasional ini tidak boleh kekal untuk terus merosakkan negara kita,” katanya semasa pelancaran Perikatan Nasional Pahang malam tadi.

Bagaimanapun, Muhyiddin menjelaskan selepas membentuk kerajaan terdapat prinsip-prinsip yang tidak boleh dipersetujui bersama dengan parti yang berada dalam PH terutamanya DAP dan jika diteruskan juga dibimbangi pengundi Melayu akan menolak mereka pada masa hadapan nanti.

“Selepas selesai terbentuk kerajaan kami sedar bahawa kalau kita kekal duduk bersama-sama dalam Pakatan Harapan bersubahat secara politik dan lain-lain dan mengorbankan prinsip-prinsip kita pertahankan bersama dengan DAP.

“Saya takut kalau-kalau dengan sebab itu Bersatu terutamanya akan hapus dan tak akan disokong lagi oleh orang-orang Melayu Islam dan lain-lain. Sebab itu satu keputusan yang luar biasa,” katanya lagi.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) terbentuk selepas Perdana Menteri kelapan, Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sehingga terjatuhnya kerajaan PH.

Pengunduran Dr Mahathir menyebabkan Muhyiddin dipilih sebagai penganti yang baharu selepas mendapat majoriti daripada Ahli Parlimen dan hasilnya, tertubuh sebuah kerajaan PN.

Berhubung pembentukan gabungan politik baharu, Muhyiddin menjelaskan langkah tersebut diambil kerana ia berlandaskan prinsip perkongsian kuasa sesama parti politik.

“Situasi perkembangan geopolitik dalam negara kita sekarang ini tiada satu parti boleh mampu menguasai dan membentuk kerajaan lagi.

“Waktu dan zaman itu waktu dahulu sudah lama berlalu… zaman sekarang ni, konsepnya ialah konsep perkongsian kuasa… bukan oleh satu parti, tetapi gabungan parti-parti. Maka sebab itu adalah agak bijaksana Bersatu dan juga Gerakan di sini bergabung untuk membentuk Perikatan Nasional,” jelasnya lagi.

Berhubung pembubaran Parlimen, Muhyiddin menjelaskan pendirian PN adalah jelas tidak bersetuju ia diadakan semasa musim banjir semakin hampir, namun nampaknya UMNO masih berdegil dan tetap mahu meneruskan PRU-15 diadakan juga.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
30 minit lalu· Politik
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
5 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
7 jam lalu· Politik
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
10 jam lalu· Isu semasa
Popular
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
December 6, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
11 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
13 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
14 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
17 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
5 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok