Bersatu kekal sokong kerajaan UMNO Johor tapi…

March 31, 2021 · Politik

Bersatu mengingatkan UMNO Johor supaya berlaku adil terhadap parti itu susulan beberapa rungutan mengenai beberapa tindakan, termasuk pembahagian jawatan ketua kampung yang dibuat tanpa rundingan yang betul.

Peringatan itu dibuat Presiden Bersatu yang juga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas menerima aduan dan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat.

Ditanya mengenai sokongan Bersatu kepada UMNO Johor susulan kenyataan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020, Ahad lalu, beliau berkata:

“Untuk Johor kita akan kekalkan. (Sokongan Bersatu) bukan untuk UMNO, tapi untuk negeri Johor.”

Beliau ditemui selepas mesyuarat khas Bersatu Johor dan Perikatan Nasional (PN) Johor di Putrajaya, yang dikatakan berbincang isu kenyataan Hasni pada PAU, Ahad lalu.

“Demi menjaga maslahah masyarakat di Johor, kita akan terus bersama-sama,” katanya.

Beliau berkata, Bersatu Johor lebih mementingkan soal negara, negeri dan rakyat supaya tidak timbul sebarang pergolakan di kemudian hari.

“Setakat hari ini kita tidak ada apa-apa lagi keputusan yang kita nak buat kerana apa yang penting dari sudut Bersatu memikirkan soal negara, negeri dan soal rakyat supaya tidak akan timbul soal pergolakan yang nanti akan membawa kesan buruk kepada negeri dan negara.

“Sebab itu di peringkat negara saya pun dengan rakan-rakan Kabinet UMNO telah putuskan kita akan terus kekal bersama baik menteri atau pun timbalan menteri,” katanya.

Ahad lalu, Hasni ketika berucap di PAU, merendah-rendahkan kewibawaan Muhyiddin untuk bertanding di Parlimen Pagoh.

Berita berkaitan
Skandal LCS: Anwar sokong cadangan Bersatu tubuh RCI
3 jam lalu· Politik
Bagi UMNO, pendedahan skandal LCS dipertikai kerana Pengerusi PAC dari DAP
3 jam lalu· Politik
Pengurus bank sahkan RM1 juta diterima Sharir daripada Najib
17 jam lalu· Isu semasa
Skandal LCS: Mat Maslan kata tak rasa UMNO akan kalah dalam PRU-15
24 jam lalu· Politik
Popular
Bagi UMNO, pendedahan skandal LCS dipertikai kerana Pengerusi PAC dari DAP
August 12, 2022
Nizar layak tanding di Pekan tatkala Najib kemuka rayuan akhir kes SRC
August 12, 2022
Skandal LCS: Anwar sokong cadangan Bersatu tubuh RCI
August 12, 2022
Skandal LCS: Mat Maslan kata tak rasa UMNO akan kalah dalam PRU-15
August 11, 2022
Lagi Politik terkini
Nizar layak tanding di Pekan tatkala Najib kemuka rayuan akhir kes SRC
22 minit lalu · Politik
Anwar pertimbang bertanding di kawasan Parlimen lain pada PRU-15
17 jam lalu · Politik
Bersatu serah memorandum kepada Agong minta RCI kapal tak siap
August 10, 2022 · Politik
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
August 10, 2022 · Politik
Lebih baik GTA sertai PN
August 9, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok