Bersatu kekal sokong Ismail Sabri

August 6, 2022 · Politik

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Dr Radzi Jidin menegaskan bahawa parti itu tidak membincangkan sebarang isu menarik sokongan terhadap Kerajaan Persekutuan.

Malah, katanya Bersatu tetap memberi sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob walaupun Perdana Menteri (PM) membatalkan pertemuan bersama Perikatan Nasional (PN) pada saat akhir, baru-baru ini.

Pertemuan itu dipercayai bagi membincangkan isu pelantikan wakil Bersatu ke jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM), yang dikatakan dipersetujui Ismail Sabri sebelum mengambil alih pentadbiran negara daripada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Pengerusi PN.

Memetik BH, Radzi berkata pihaknya ketika ini masih belum menerima sebarang makluman mengenai alasan Ismail Sabri bertindak membatalkan pertemuan bersama PN itu.

Katanya, Bersatu juga tidak akan sewenang-wenangnya menarik sokongan terhadap Kerajaan Persekutuan, selain menunggu perbincangan lanjut diadakan bersama Ismail Sabri.

“Kita tak sebut akan ‘simply’ (sewenang-wenangnya) tarik sokongan (terhadap Kerajaan Persekutuan), sebaliknya akan tunggu dan lihat apakah perkara akan disentuh dalam perbincangan itu nanti.

“Apa yang paling penting sekarang untuk kita memberi tumpuan kepada keadaan negara dalam konteks memberi fokus ke atas usaha transformasi pendidikan.

“Ini adalah fokus kita kepada rakyat bagi memastikan masyarakat sentiasa menerima yang terbaik dalam sebarang tempoh kita ada sebagai kerajaan. Pelaksanaan adalah lebih penting (berbanding jawatan Timbalan Perdana Menteri),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Kejohanan Olahraga Tahunan Keenam Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 17(1) di sini, hari ini.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
Popular
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok