Bersatu kecewa PM batal pertemuan bincang ‘terma penting’ dengan PN

August 5, 2022 · Politik

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) – gabungan Perikatan Nasional (PN) yang membentuk kerajaan bersama Barisan Nasional (BN) – kecewa apabila Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membatalkan pertemuan dengan Setaiusaha Agungnya Datuk Seri Hamzah Zainuddin semalam.

Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO membatalkan perjumpaan itu pada saat-saat akhir.

Beliau dilaporkan berkata pertemuan itu sepatutnya diadakan petang semalam bagi membincangkan perjanjian berkaitan “terma-terma penting” antara Perikatan Nasional (PN) dan perdana menteri.

“PM setuju adakan perjumpaan tersebut semalam jam 2.30 petang. Tetapi saya agak kecewa perjumpaan itu dibatalkan minit-minit akhir oleh perdana menteri.

“Jadi, kita menuntut perdana menteri menunjukkan sikit rasa hormat kepada Ahli-ahli Parlimen di blok yang menyokong beliau,” katanya menurut laporan FMT.

Wan Saiful dilaporkan berkata, jika Ismail boleh mengotakan janji dan menghormati Pakatan Harapan (PH), kenapa tidak berbuat demikian kepada PN sedangkan ia adalah blok terbesar yang menyokongnya menjadi perdana menteri.

Sebelum ini, Ismail Sabri yang menjadi perdana menteri kesembilan mendapat sokongan kesemua 50 ahli Parlimen daripada parti gabungan PN.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah tersebut termasuk 31 ahli Parlimen mewakili Bersatu, 18 PAS, satu Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan empat bebas pro-PN.

Muhyiddin juga telah berunding dengan pimpinan parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang membentuk kerajaan PN sebelum ini untuk mengambil ketetapan sama.

Berita berkaitan
Reka bentuk pun belum siap, bagaimana Hisham boleh kata LCS akan siap setahun dua?
3 jam lalu· Isu semasa
BN umum keputusan permohonan parti Zuraida minggu hadapan: Tok Mat
22 jam lalu· Politik
Bersatu gesa kerajaan tubuh RCI siasat skandal kapal tak siap
August 8, 2022· Isu semasa
Spekulasi Senator Bersatu boikot RUU larang tukar parti tak benar: Wan Junaidi
August 8, 2022· Politik
Popular
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
August 9, 2022
Lebih baik GTA sertai PN
August 9, 2022
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
August 9, 2022
Ada lagi satu skandal besar selepas LCS, dedah Ketua Pemuda PAS
August 8, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
3 jam lalu · Politik
Lebih baik GTA sertai PN
16 jam lalu · Politik
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
16 jam lalu · Politik
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
23 jam lalu · Politik
RUU antilompat parti tak terpakai kepada Ahli Dewan Negara: PM
24 jam lalu · Politik
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok