Bersatu heret SPRM ke mahkamah jika akaun bank terus dibekukan

February 5, 2023 · Politik

Bersatu bersedia membawa kes pembekuan akaunnya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke mahkamah sekiranya permohonan membatalkan perintah pembekuan akaun tidak diluluskan.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata beliau belum menerima perkembangan lanjut, susulan permohonan pembatalan perintah itu yang dihantar Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya pun tak pasti sama ada parti sudah tulis surat atau belum, walapum pastinya surat berkenaan akan dibuat dalam kadar segera. Waktu ini hujung minggu. Mungkin minggu depan kita akan dapat tahu jawapan dari SPRM.

“Tentunya perkara-perkara seperti ini (saluran perundangan) akan kami bincangkan dengan pucuk pimpinan, termasuk bersama Presiden untuk tindakan sewajarnya,” katanya di Ipoh, hari ini.

Beliau berkata demikian ditanya perkembangan terkini kenyataan Muhyiddin yang menjelaskan surat permintaan pembatalan perintah pembekuan akaun Bersatu kepada SPRM dihantar pada Khamis lalu.

Ahmad Faizal berkata, pembekuan akaun oleh SPRM memberi kesan sangat besar kepada Bersatu.

Beliau berkata, pemimpin parti itu tidak perlu mengumumkan secara terperinci sumber wang yang diterima Bersatu hingga membawa kepada pembekuan akaun itu dan menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM, bagi menjalankan siasatan.

“Saya sudah jawab tetapi saya fikir tidak perlu lagi saya jawab secara terperinci kerana tentunya pihak berwajib iaitu SPRM akan siasat,” katanya.

SPRM hari ini menjelaskan beberapa akaun Bersatu masih dibekukan kerana siasatan belum selesai.

Terdahulu Agenda Daily melaporkan DAP adalah pihak yang paling gembira susulan pembekuan akaun bank Bersatu.

Pembekuan akaun parti Bersatu akan memberi kesan kepada persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung dalam masa terdekat.

Prestasi dan sokongan dalam kalangan orang Melayu kepada Bersatu dan PAS semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) membimbangkan Pakatan Harapan (PH) yang hanya mendapat 11 peratus sokongan orang Melayu, paling takut semestinya DAP kerana mereka kini sudah berjaya menguasai UMNO.

DAP menyedari, UMNO kini bukan lagi musuh mereka kerana sudah tidak lagi mempunyai sokongan kuat daripada orang Melayu dan boleh dikatakan tidak relevan untuk membantu PH dalam menghadapi PRN nanti.

Tindakan beku akaun Bersatu, DAP paling suka lihat parti Melayu ditindas?

Berita berkaitan
Zakir Naik akan kembali ke Malaysia, bagaimana pendirian DAP?
March 28, 2023· Isu semasa
Bekas MP DAP dilantik Pengerusi SPAN semula
March 27, 2023· Politik
Isu cukai Yayasan AlBukhary, Guan Eng baharu nak saman Muhyiddin
March 27, 2023· Politik
Timbalan Menteri DAP gagal jawab soalan di Dewan Rakyat, elok letak jawatan
March 27, 2023· Isu semasa
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
March 31, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
6 jam lalu · Politik
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
15 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
17 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
18 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok