Bersatu bidas cubaan serang hakim dalam kes SRC Najib, gesa tindakan segera

August 20, 2022 · Politik

Bersatu membidas usaha pihak tertentu yang menyerang hakim dalam perbicaraan kes penyelewengan SRC International Sdn Bhd melibatkan Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak bertanggungjawab dan beretika kerana cuba mengganggu institusi perundangn negara dengan cara cuba mencetuskan ugutan terhadap lima hakim Mahkamah Persekutuan.

“Serangan peribadi terhadap hakim dan keluarga mereka dibimbangi mewujudkan keadaan tidak tenteram termasuk mengancam kedaulatan undang-undang. Saya yakin, serangan ini sengaja dilakukan bagi mengganggu kebebasan badan kehakiman negara.

“Secara peribadi, saya berpandangan badan kehakiman perlu berfungsi sebagai benteng terakhir dalam menegakkan keadilan. Maka, adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia untuk memastikan maruah institusi kehakiman dipelihara dengan rapi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) menyiasat sebarang elemen ancaman dan ugutan terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang sedang mempengerusikan perbicaraan kes SRC.

Ancaman terhadap Tengku Maimun dikesan dalam pelbagai medium laman sosial, termasuk aplikasi Twitter dan Facebook sejak kelmarin.

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal yang juga Menteri Belia dan Sukan serta Ahli Parlimen Tambun berkata, walaupun demokrasi tidak menghalang hak rakyat daripada bersuara dan memberi kritikan, namun ia tidak bererti mana-mana individu boleh melakukan serangan peribadi yang disulami dengan niat jahat untuk kepentingan pihak tertentu.

“Justeru, badan kehakiman seharusnya diberi ruang dan masa bagi memastikan keadilan serta kebenaran dapat dilaksanakan demi kedaulatan undang-undang yang dijunjung.

“Setiap daripada rakyat negara ini juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan integriti institusi badan kehakiman sentiasa dipertahankan,” katanya.

Banyak siaran media sosial dikesan menggesa Tengku Maimun menarik diri daripada rayuan terakhir Najib berhubung kes RM42 juta SRC masuk ke akaun peribadinya dan dibelanjan, kerana kononnya wujud konflik kepentingan.

Malah, terdapat seorang pengguna Twitter telah mengugut Tengku Maimun sambil menggesanya untuk menarik diri.

Ramai netizen telah menyeru pihak polis untuk menyiasat ugutan tersebut.

Berita berkaitan
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
2 jam lalu· Politik
Kenyataan Muhyiddin disalah tafsir, kata Ketua Sayap Bersekutu Bersatu
September 28, 2022· Politik
Hadi dan Muhyiddin bertemu dua jam bincang perkukuh PN
September 27, 2022· Politik
Kutipan dana Jamal untuk bayar kes saman fitnah cecah RM300,000
September 26, 2022· Politik
Popular
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
September 28, 2022
Anwar mahu lebih tegas dengan Dr Mahathir kerana tak pernah insaf
September 29, 2022
Hanya dengan letak Ahmad Said sebagai ‘poster boy’, UMNO menang Terengganu: Rozi
September 29, 2022
Anwar beri isyarat tak lawan anak murid di Bagan Datuk
September 29, 2022
Lagi Politik terkini
DAP tolak PRU awal walaupun terpaksa terima kerajaan huru-hara, kata Loke
30 minit lalu · Politik
Hanya dengan letak Ahmad Said sebagai ‘poster boy’, UMNO menang Terengganu: Rozi
2 jam lalu · Politik
Anwar mahu lebih tegas dengan Dr Mahathir kerana tak pernah insaf
3 jam lalu · Politik
Anwar beri isyarat tak lawan anak murid di Bagan Datuk
3 jam lalu · Politik
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok