Bersatu beri sokong kuat kepada PM tangani inflasi, kos sara hidup rakyat

June 30, 2022 · Politik

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyokong penuh kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, terutama ketika kerajaan berdepan isu inflasi dan kenaikan kos sara hidup rakyat.

Naib Ketua Srikandi Bersatu Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata parti-parti dalam blok Perikatan Nasional (PN) juga memberi sokongan kepada Perdana Menteri, untuk menangani masalah itu.

“Melihat cabaran dihadapi Perdana Menteri dalam menangani pelbagai isu termasuk kos sara hidup yang semakin meningkat, kita berharap beliau tabah dan cekal.

“Saya pasti bukan mudah untuk menangani isu yang pelbagai dengan kos barang yang meningkat, Perdana Menteri kena cekal dan kuat untuk mendepani cabaran berkenaan,” katanya menurut BH.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika menghadiri majlis minum petang bersama Srikandi Bersatu Kelantan, hari ini.

Mengenai peluang Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti, Mas Ermieyati berkata peluang semua parti sekarang dengan dulu, tidak sama.

“Cabaran yang dihadapi parti politik sekarang sangat mencabar, jadi semua parti termasuk Bersatu perlu bekerja keras bagi menghadapi PRU-15.

“Isu rakyat perlu diberi perhatian dan itu paling utama. Apapun yang kita lakukan perlu fokus dan beri keutamaan kepada rakyat. Jangan hanya memikirkan untuk menjadi calon pada PRU, sebaliknya terus berkhidmat kepada rakyat secara berterusan,” katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), berkata pentadbiran mahkamah akan lebih berhati-hati serta meningkatkan kawalan bagi mengelakkan sebarang kekecohan atau perkara tidak diingini berlaku dalam kawasan terbabit.

Katanya walaupun Kompleks Mahkamah sudah mempunyai prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan tetapi konsep budi bicara diamalkan khusus kepada orang awam dan pengamal media supaya tidak membebankan mana-mana pihak.

Beliau berkata pelbagai kemungkinan boleh berlaku di mahkamah termasuk tindakan daripada Orang Kena Tuduh (OKT) dan insiden yang berlaku di Mahkamah Tinggi di Shah Alam itu memberi kesedaran kepada pihak awam dan pengamal media yang ingin membuat liputan.

“Kita sedia maklum insiden yang berlaku baru-baru ini menjadi perhatian banyak pihak dan ia melibatkan isu keselamatan.

“Tindakan dan kawalan daripada pihak mahkamah akan terus diberi perhatian supaya tiada lagi insiden kekecohan atau perkara tidak diingini berlaku di kawasan Kompleks Mahkamah,” katanya.

Media melaporkan seorang peguam lelaki mewakili Samirah Muzaffar dan dua remaja dalam kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Nazrin Hassan terlibat dalam insiden kekecohan dengan seorang jurufoto sebelum perbicaraan di Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada 21 Jun lepas.

Peguam berusia 50 tahun itu cedera di bahagian kepala manakala jurufoto berkenaan calar di muka sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Shah Alam.

Berita berkaitan
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar
23 jam lalu· Isu semasa
Isu pertemuan PN: Wan Saiful bidas Ismail Sabri buat penipuan dan tak beradab
August 15, 2022· Politik
Pasukan khas tangani inflasi beri kesan positif: Mustapa
August 14, 2022· Isu semasa
Skandal LCS: PM jangan jadi pak turut, tubuh RCI siasat pemimpin UMNO
August 14, 2022· Isu semasa
Popular
Asyraf kritik keputusan dalam kes Najib, boleh dituduh hina mahkamah
August 17, 2022
UMNO kecewa mahkamah tolak permohonan Najib, kata Zahid
August 17, 2022
Saya doakan Najib dan keluarga tabah, kata Hishammuddin
August 17, 2022
PRU-15: PAS, UMNO setuju elak pertembungan di 27 kerusi ‘muafakat’
August 17, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO kecewa mahkamah tolak permohonan Najib, kata Zahid
12 jam lalu · Politik
Saya doakan Najib dan keluarga tabah, kata Hishammuddin
14 jam lalu · Politik
Asyraf kritik keputusan dalam kes Najib, boleh dituduh hina mahkamah
14 jam lalu · Politik
‘Mengarut Ismail Sabri desak pegawai awam pertahan kerajaan dia’
18 jam lalu · Politik
Zahid ajak akar umbi pertahan ‘Raja Media Sosial’ Najib
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok