Bersatu atau UMNO: PAS pilih mana paling ringan mudharat

March 29, 2021 · Politik

PAS akan memilih mudharat paling ringan jika terpaksa memilih antara dua parti untuk menjadi sekutunya menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Sehubungan itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin menegaskan bahawa tidak timbul persoalan PAS akan memilih mana-mana parti sebagai sekutunya, kerana pemilihan mestilah berdasarkan kepada jalan yang paling ringan.

“Dasar pemilihan bukanlah kerana nafsu, tapi atas panduan dari Ilahi. Jika sekiranya, kita terpaksa memilih antara dua perkara yang mendatang mudharat, sudah pasti pemilihan kita berdasarkan mudharat yang paling ringan,” katanya hari ini.

Pagi tadi, Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman mendesak PAS menyatakan pendirian sama ada untuk bersama dengan UMNO atau memilih Bersatu bagi menghadapi PRU15.

UMNO, katanya, telah menyatakan keinginan untuk bersama PAS, namun bersedia bergerak bersendirian sebagai entiti Barisan Nasional (BN) jika PAS memihak kepada Bersatu.

Bagaimanapun, Hashim berkata, matlamat penyatuan ummah masih menjadi agenda utama PAS dan parti itu berusaha mengelak terjadinya pertandingan tiga penjuru pada PRU15 nanti.

“Perpaduan Islam dan Melayu adalah asas perjuangan ketiga-tiga parti (PAS, Umno dan Bersatu), jadi kenapa masih memilih perpecahan. PAS tetap akan terus berusaha menyatukan ummah ini walaupun pelbagai halangan berlaku,” katanya.

Berita berkaitan
Skandal LCS: Anwar sokong cadangan Bersatu tubuh RCI
4 jam lalu· Politik
Bagi UMNO, pendedahan skandal LCS dipertikai kerana Pengerusi PAC dari DAP
4 jam lalu· Politik
Pengurus bank sahkan RM1 juta diterima Sharir daripada Najib
17 jam lalu· Isu semasa
Skandal LCS: Mat Maslan kata tak rasa UMNO akan kalah dalam PRU-15
24 jam lalu· Politik
Popular
Bagi UMNO, pendedahan skandal LCS dipertikai kerana Pengerusi PAC dari DAP
August 12, 2022
Nizar layak tanding di Pekan tatkala Najib kemuka rayuan akhir kes SRC
August 12, 2022
Skandal LCS: Anwar sokong cadangan Bersatu tubuh RCI
August 12, 2022
Skandal LCS: Mat Maslan kata tak rasa UMNO akan kalah dalam PRU-15
August 11, 2022
Lagi Politik terkini
Pindaan perlembagaan UMNO tangguh pemilihan belum selesai: RoS
3 minit lalu · Politik
Nizar layak tanding di Pekan tatkala Najib kemuka rayuan akhir kes SRC
26 minit lalu · Politik
Anwar pertimbang bertanding di kawasan Parlimen lain pada PRU-15
17 jam lalu · Politik
Bersatu serah memorandum kepada Agong minta RCI kapal tak siap
August 10, 2022 · Politik
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
August 10, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok