Bersatu akan terus ditekan hingga Muhyiddin didakwa kata Saifuddin

March 4, 2023 · Politik

Kerajaan dilihat tidak akan berhenti menekan Bersatu sehingga berjaya mengheret Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke muka pengadilan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mendakwa strategi memburukkan Bersatu itu digunakan menjelang pilihan raya negeri (PRN) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Strategi yang mereka lakukan ialah untuk memburuk-burukkan Bersatu dan memburukkan (imej) Tan Sri Muhyiddin.

“Saya jangka mereka (kerajaan) tidak akan berhenti sehingga dapat perkara yang boleh membawa Tan Sri ke mahkamah.

“Dan ini mungkin diusahakan sebelum PRN di enam negeri yang dijangka pada Julai nanti,” katanya pada sidang media di pejabat PN Indera Mahkota, Kuantan hari ini, lapor Malaysiakini.

Dalam pada itu beliau yang juga Pengerusi PN Pahang menasihatkan kerajaan agar bersikap lebih rasional dalam berpolitik dan bukannya terdesak selpeas melihat Perikatan Nasional (PN) menerima sambutan daripada rakyat.

“Kita berpolitik pun harus berpada-padalah…sebagai sebuah kerajaan, kita bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) dengan cara adil dengan cara saksama.

“Jadi, kalau mereka (kerajaan) nak mencari kesalahan Tan Sri Muhyiddin Yassin, itu pada saya (menunjukkan kerajaan) memang terdesaklah, “ katanya.

Selain itu katanya, tindakan pembekuan akaun Bersatu sejak 1 Februari lalu juga bertujuan untuk melemahkan parti itu.

“Kalau dia rasa dengan cara membekukan akaun Bersatu maka kami akan gagal dalam PRN, itu belum tentu (boleh berlaku).

“Kita (Bersatu) juga terdiri daripada mereka yang mempunyai kegigihan dan tidak semestinya sentiasa mengharapkan wang dari ibu pejabat untuk beroperasi.

“Ramai dalam kalangan mereka ini dah lama berpolitik, setakat nak pergi berkempen, duit minyak duit tempat tidur, mereka tak mengharapkan (duit parti), mereka pergi sendiri saja,” katanya.

Berita berkaitan
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
7 jam lalu· Isu semasa
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
15 jam lalu· Isu semasa
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
16 jam lalu· Politik
MB perlu bercuti sementara ketika siasatan sedang berjalan: Pemuda PAS Selangor
March 16, 2023· Politik
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
13 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
19 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
20 jam lalu · Politik
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
23 jam lalu · Politik
Pemilihan UMNO: PMX ucap tahniah kepada Zahid walaupun tak bertanding
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
17 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok