Bersatu akan tanding di Terengganu, Kelantan kata PAS

June 3, 2023 · Politik

PAS memberi jaminan akan memberi ruang kepada rakan politiknya, Bersatu untuk bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) di Terengganu dan Kelantan.

Namun Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata rundingan pembahagian kerusi tersebut masih belum dimuktamadkan.

“Insya-Allah ada kerusi untuk diberikan kepada Bersatu bertanding di Terengganu.

“Kelantan pun Insya-Allah (Bersatu) akan diberi ruang cuma di sana kita belum lagi tamatkan perbincangan kerusi.

“Insya-Allah dalam masa dua hari lagi kita akan duduk kembali dalam kalangan pimpinan untuk penentuan kerusi-kerusi yang boleh ditandingi (Bersatu),” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara KMI Healthcare dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Perlis (PKENPs).

Turut hadir, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli; Ketua Pegawai Eksekutif KMI Healthcare, Dr Rayney Azmi Ali dan Pengurus Besar PKENPs, Norsiake Kassim.

Enam negeri yang terlibat dalam PRN akan datang selain Terengganu dan Kelantan termasuk Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.

Kesemua negeri dijangka membubarkan DUN pada bulan ini bagi memberi laluan kepada PRN diadakan serentak.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
DAP sahkan video tular lelaki kecam ‘parti serban’
August 11, 2023
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023
Nak bangun negara madani apa, lantik TPM ada kes mahkamah: Sanusi
January 24, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok