Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar

June 1, 2023 · Politik

Laluan akan diberikan kepada Bersatu untuk melawan di kerusi yang dimenangi UMNO sebelum ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti, kata Datuk Mohd Amar Abdullah.

Naib Presiden PAS itu perkara tersebut merupakan asas perbincangan pihaknya sebagaimana Pilihan Raya Umum (PRU) baru-baru ini dan formula sama akan digunakan pada PRN nanti.

“Bersatu bertanding di kerusi yang dimenangi UMNO, PAS tanding di kerusi PAS sudah menang.

“Cuma di peringkat negeri ada sedikit ubah suai di peringkat akhir,” katanya dipetik laporan Sinar Harian hari ini.

Jelasnya, calon PAS akan dikekalkan di kawasan yang dimenangi parti itu manakala calon Bersatu akan dipertaruhkan di kawasan yang dimenangi UMNO.

“Itulah asas perbincangan kita sepertimana PRU sebelum ini. Mana-mana kerusi yang dimenangi UMNO kita bagi kepada Bersatu bertanding manakala yang di kawasan PAS menang kita kekalkan calon PAS bertanding,” katanya lagi.

Mohd Amar, bagaimanapun, berkata beberapa pengubahsuaian peringkat akhir mungkin dilakukan bagi kawasan-kawasan di peringkat negeri Kelantan.

Dalam perkembangan sama, Mohd Amar, yang juga Timbalan Menteri Besar, berkata semua senarai akhir calon yang akan bertanding bagi PRN negeri itu sudah diserahkan kepada Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan, untuk dimuktamadkan.

“Kita ada tiga calon bagi setiap kerusi. Jadi terpulang kepada Menteri Besar untuk memilih calon mana yang terbaik daripada senarai tersebut.

“Kita juga akan meneruskan amalan biasa dengan mengetengahkan 30 peratus muka baharu yang diyakini boleh mewakili parti. Muka baharu tu tidak semestinya orang muda tetapi orang yang sebelum ini tidak pernah bertanding,” katanya.

Mengulas berhubung permohonan bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Anuar Musa, menyertai PAS, Mohd Amar berkata permohonan tersebut akan diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuaratnya bulan hadapan.

Berita berkaitan
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023· Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023· Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
September 30, 2023· Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023· Politik
Popular
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023
Lagi Politik terkini
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
16 minit lalu · Politik
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
10 jam lalu · Politik
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
12 jam lalu · Politik
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
19 jam lalu · Politik
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
9 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok