Berkali-kali Zahid, Najib aniaya Muhyiddin

Tindakan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dan sekutunya Najib Razak menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan kali pertama penganiayaan yang telah mereka buat.

Penganiayaan paling besar dibuat ialah pada Julai 2015 apabila Najib yang ketika itu Perdana Menteri memecat Muhyiddin daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Najib kemudian melantik Zahid sebagai TPM dan Menteri Dalam Negeri. Muhyiddin yang ketika itu Timbalan Presiden UMNO juga dipecat daripada parti, sebelum diganti oleh Zahid.

Pemecatan Muhyiddin dibuat kerana beliau terlalu lantang mempersoalkan isu dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ini dijelaskan bekas Ketua Setiausaha Negara Dr Ali Hamsa dalam perbicaraan Najib berhubung dakwaan meminda laporan akhir audit syarikat pelaburan milik kerajaan itu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Barisan Nasional (BN) dipimpin Najib kalah teruk kepada Pakatan Harapan (PH) yang turut disertai Muhyiddin menerusi Bersatu. Ahli-Ahli Parlimen BN buat pertama kali dalam sejarah duduk di kerusi pembangkang.

Namun pemerintahan PH hanya bertahan selama 22 bulan apabila Perdana Menterinya, Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan. Susulan itu Muhyiddin bersama beberapa pemimpin PAS, dan Ahli Parlimen PKR menubuhkan kerajaan baharu dengan sokongan UMNO diketuai Zahid.

Pada 1 Mac 2020 Muhyiddin mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Muhyiddin kemudian melantik sembilan ahli UMNO menjadi menteri dan lima timbalan menteri di dalam Kabinetnya.

Namun sejak awal tahun ini gerakan didalangi Zahid dan Najib mula digerakkan di kalangan pemimpin UMNO untuk menganiaya sekali lagi Muhyiddin dengan rancangan menjatuhkan kerajaan PN, yang mendapat sokongan rakan karib Zahid, Anwar Ibrahim.

Terakhir, penganiayaan itu dilakukan semalam apabila untuk kali ketiga Zahid dan sekutunya mengumumkan mereka tidak lagi menyokong PN dan Muhyiddin.

Zahid dan sekutunya menjadikan isu ordinan darurat dengan menuduh kerajaan PN dan Perdana Menteri menderhaka kepada Agong selain kegagalan menangani Covid-19, sebagai sebab untuk menarik balik sokongan.

Namun, hakikatnya rakyat tahu bahawa Zahid, Najib dan sekutu mereka mahu melepas diri daripada puluhan kes-kes mahkamah membabitkan pecah amanah, penyelewengan dan pengubahan wang haram berjumlah berbilion-bilion ringgit.

Malah, Najib sendiri sudah dijatuhi hukuman penjara dan denda. Cuma sekarang masih menunggu rayuan terhadap hukuman itu.

Disebabkan Muhyiddin enggan membantu melepaskan mereka daripada kes-kes mahkamah itu Zahid, Najib dan sekutu mereka di dalam MT, termasuk Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan – yang mukanya dilihat bersih – untuk menganiaya Perdana Menteri sekali lagi.

BERITA BERKAIT
POPULAR