Beri amaran batal MoU, Anwar seakan tahu bakal kalah teruk di Johor

February 15, 2022 · Politik

Amaran untuk membatalkan memorandum persefahaman (MoU) Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik dengan kerajaan menunjukkan Pakatan Harapan (PH) sebenarnya sudah bersedia untuk kalah teruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim seakan dapat menghidu keputusan sama yang berlaku di Melaka dan Sarawak bakal menimpa gabungan pembangkang tersebut dan amaran tersebut hanya bertujuan sebagai persediaan untuk memutarbelit alasan selepas kalah nanti.

Seperti di Melaka dan Sarawak, Anwar yang dilihat sebagai punca kekalahan memalukan PH tidak rela lagi dipersalahkan dan menanggung azab dimalukan apabila dikritik penyokong DAP dan Amanah sebelum ini.

Gabungan pembangkang tersebut memulakan rentak awal yang tidak cantik apabila gagal mencapai persefahaman berhubung isu penggunaan lambang pada PRN Johor, Anwar bertegas mahu menggunakan lambangnya sendiri sementara DAP dan Amanah memilih lambang rasmi warna merah, PH.

Dikaca mata orang ramai, gabungan pembangkang itu sudah berpecah walaupun Anwar cuba menafikannya tetapi ia sudah terlambat untuk memperbetulkan keadaan.

Pertembungan banyak penjuru dan tiada permuafakatan antara sesama parti lain yang berseteru dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) hanya merugikan gabungan tersebut, malah berkemungkinan Perikatan Nasional (PN) juga bakal terkena tempias.

Namun, kesan besar akan lebih dirasai PH seperti yang berlaku di Melaka apabila PKR kalah semua kerusi yang mereka tandingi, tinggal lah hanya beberapa kerusi selepas PRN Melaka yang berlangsung tahun lalu.

Namun, Anwar tidak mengambil iktibar daripada keputusan PRN Melaka dan kini mengulanginya sekali lagi.

Walaupun pemimpin PH Johor daripada parti Amanah sudah mencadangkan agar pintu rundingan dibuka dengan parti lain, malah bekas Pengerusi PKR negeri itu, Hassan Abdul Karim juga melontarkan idea sama tetapi malangnya juga ditolak awal-awal Anwar.

Tindak-tanduk Anwar ini mengulangi episod sama yang berlaku semasa krisis politik tahun lalu apabila menolak tawaran mantan Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi kemudiaannya menerima pula tawaran sama daripada parti anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Hasilnya, keputusan Anwar tersebut menyebabkan UMNO kembali ke Putrajaya dengan pelantikan Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai PM.

Seperti senario di Johor juga, beberapa pemimpin atasan DAP ketika krisis politik tahun lalu pada awalnya menyambut baik tawaran dibuat oleh Muhyiddin namun Anwar dengan pantas menolaknya atas alasan kononnya ‘terhina’ dengan tawaran tersebut.

Anwar bagaimanapun tidak pula rasa ‘terhina’ apabila menerima tawaran sama daripada UMNO dengan menandatangani MoU bersama kerajaan Ismail Sabri.

Di Johor, Anwar secara tergesa-gesa juga turut menolak cadangan pemimpin akar umbi PH di Johor atas alasan parti luar yang berseteru dengan UMNO bukan parti pembangkang.

Begitu sempit pemikiran Anwar dalam membuat keputusannya yang penuh sarat emosi dan hanya mempunyai kepentingan peribadi dalam mengejar cita-citanya untuk menjadi PM.

Sekarang terbukti langkah Presiden PKR dan Ketua Pembangkang itu hanya merugikan PH dan ia terbukti dengan keputusan yang diperoleh mereka semasa di Melaka.

Berdasarkan statistik undi popular PRN Melaka, BN meraih 38.39% (122,741) undi popular manakala PH dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing meraih 35.65% (113,968 undi) dan 24.47% (78,220 undi).

Lebih signifikan semasa PRN Melaka, pengundi Melayu banyak beralih kepada PN berbanding dengan sokongan diperoleh PH yang menjadi punca utama kekalahan teruk blok pembangkang tersebut.

Senario ini hanya akan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN seperti di Melaka kerana pengundi setia mereka masih kekal mengundi mereka, hasilnya mereka berjaya meraih kemenangan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Malah, terdapat juga penyokong pembangkang yang tidak keluar mengundi PH di Melaka sebagai tanda bantahan terhadap MoU dibuat dengan kerajaan dipimpin UMNO dan ia juga salah satu faktor penyumbang kepada kekalahan tersebut.

Anwar cuba menyakinkan DAP dan Amanah bahawa senario berbeza di Johor memandangkan Undi 18 sudah dilaksanakan dan membuat tafsiran sendiri dengan beranggapan anak muda menyokong parti pembangkang.

Retorik dimainkan Anwar dalam ceramahnya di Johor adalah ulangan sama dalam kempen-kempen sebelum ini, menuduh semua pihak mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa tetapi hanya parti pembangkang sahaja yang bersih.

Adakah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan rasuah dan penyelewengan dalam projek terowong itu juga suci bagi Anwar?

Pengundi Melayu khususnya sudah tidak lagi mempercayai cerita dongeng Anwar yang sentiasa diulang-ulangnya, ia terbukti semasa PRN Melaka apabila pengundi Melayu beralih menyokong PN yang dipimpin Muhyiddin dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Langkah memberi amaran untuk membatalkan MoU tidak akan memberi kesan kepada UMNO, malah tidak akan menghalang kemenangan besar mereka pada PRN Johor nanti.

Terbukti semua keputusan dan tindakan Anwar sejak menumbangkan Muhyiddin sebelum ini hanya membantu UMNO menjadi semakin kuat dan beliau tidak lagi dapat mengawal anak muridnya sebaliknya dikawal pula oleh anak muridnya sendiri sekarang ini.

Keputusan PRN Melaka adalah refleksi apa yang akan berlaku pada PRN Johor nanti.

Berita berkaitan
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
15 jam lalu· Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
16 jam lalu· Politik
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
21 jam lalu· Isu semasa
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023· Isu semasa
Popular
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
September 26, 2023
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
September 26, 2023
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
21 jam lalu · Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
24 jam lalu · Politik
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023 · Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023 · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
15 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok