Berhenti guna taktik ugutan, Kiandee beritahu Bung Moktar

November 13, 2022 · Politik

Penyandang kerusi Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menggesa Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin supaya berhenti menggunakan taktik ugutan bagi meraih sokongan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Kiandee, yang mempertahankan kerusi Beluran di bawah Perikatan Nasional (Perikatan), berkata Bung Moktar tidak berhak mengeluarkan “ugutan” dan cuba “memaksa” rakyat menyokong calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya 19 November ini (Sabtu).

“Bung Moktar tidak berhak menggunakan ugutan untuk cuba memaksa pengundi Beluran menyokong atau mengundi calon pilihannya pada PRU-15.

“Tindakan Bung Moktar itu juga mengancam sistem demokrasi berparlimen dengan menyekat hak pengundi untuk memilih wakil mereka tanpa sebarang paksaan atau ugutan.

“Beliau (Bung Moktar) sepatutnya mengamalkan kempen secara sihat berdasarkan undang-undang dan bukan melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Kiandee yang juga Naib Presiden Bersatu berkata demikian ketika kempen di Kampung Pinangkau Paitan di Beluran, hari ini (13 November 2022).

Bung Moktar, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, dipetik sebagai berkata mana-mana pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan BN yang menentang sesama sendiri harus disingkirkan.

Beliau juga dipetik sebagai berkata bahawa ini terpakai kepada ketua kampung, jawatankuasa pembangunan dan keselamatan kampung, dan penjawat awam yang secara terang-terangan menyokong calon lawan.

Bung Moktar dipetik sebagai berkata demikian semasa sesi bertemu rakyat di Beluran semalam.

Mengulas lanjut, Kiandee berkata beliau yakin penduduk Beluran akan bangkit menolak dan menentang taktik dan kempen kotor terdesak yang dilakukan oleh Bung Moktar.

Katanya, beliau percaya penduduk Beluran tidak akan terpedaya dan mereka akan bijak memilih tanpa dipengaruhi orang luar kerana mereka berhak membuat pilihan sendiri.

Kiandee yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata pasukannya akan membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap Bung Moktar kerana kenyataannya dilihat mengugut pengundi Beluran.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
Gelombang sokongan rakyat terhadap PN luar biasa
November 16, 2022· Politik
PN putuskan Kiandee boleh bertanding di Beluran: Muhyiddin
November 8, 2022· Politik
Ronald Kiandee tetap pertahan Beluran atas tiket PN
November 5, 2022· Politik
Popular
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
November 26, 2022
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
November 26, 2022
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
November 26, 2022
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
November 26, 2022
Lagi Politik terkini
Tak cukup kerusi, PH dan DAP akan bentuk kerajaan negeri Pahang dengan BN
2 jam lalu · Politik
Strategi dahulukan bajet mini 2023: Anwar takut bawa usul keabsahan
2 jam lalu · Politik
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
4 jam lalu · Politik
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
6 jam lalu · Politik
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
22 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok