Berdepan kes mahkamah, Yaakob minta Zahid cermin diri sendiri

September 23, 2022 · Politik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya mencermin dirinya sendiri sebelum membuat tuduhan kerajaan dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal sebelum ini, bidas Yaakob Osman.

Ketua Bahagian Bersatu Nibong Tebal itu berkata yang gagal sebenarnya adalah Zahid kerana mana ada dalam sejarah seorang Presiden UMNO tetapi tidak menjadi Perdana Menteri (PM), sebaliknya Naib Presiden dilantik menjadi pemimpin nombor satu negara.

“Presiden UMNO yang paling gagal ialah Zahid.

“Mana ada Presiden UMNO yang tak jadi PM? Zahid sorang saja,” katanya dalam satu kenyataan.

Yaakob juga meminta Ahmad Zahid mencerminkan dirinya dalam keputusan kes 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN), akan diketahui hari ini.

“Hari ini keputusan 40 kes salahguna kuasa.

“Cermin lah diri tu Zahid,” katanya lagi.

Zahid terdahulu mendakwa negara berdepan kegagalan teruk semasa Muhyiddin menjadi PM ketika itu dan melakukan pakatan dengan cikgunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan yang sedang berperang dengan penularan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, selepas wakil UMNO dilantik menjadi PM, nampaknya keadaan ekonomi negara semakin parah apabila nilai ringgit semakin jatuh dan rakyat semakin terbeban dengan kenaikan harga barang ketika ini.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
3 jam lalu· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Selepas Noh, Khairy juga dipecat dan Hishammuddin digantung keahlian
January 28, 2023
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok