Berapi-api di PAU, Zahid tak berani pula umum pemilihan parti

March 28, 2021 · Politik

Pemilihan parti UMNO yang sepatutnya diadakan pada tahun ini tidak langsung disentuh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa ucapan dasarnya sebaliknya menggesa supaya pilihan raya umum pula diadakan segera.

Zahid dalam ucapannya sebaliknya berkata pilihan raya umum perlu diadakan atas alasan untuk mengembalikan mandat rakyat.

“Sebenarnya, tuntutan UMNO sebaik sahaja runtuhnya kerajaan PH, kita mahu PRU diadakan, untuk mengembalikan mandat kepada rakyat.

“Bagaimanapun kesan penularan pandemik Covid-19 yang melanda dunia menghalang ia dilakukan. Sehubungan dengan itu, kita bersetuju jawatan Perdana Menteri diberikan kepada seorang pemimpin parti yang bilangan ahli Parlimennya paling kecil, dengan syarat, Parlimen hendaklah dibubarkan pada Januari 2021 dan PRU hendaklah diadakan selewat-lewatnya pada suku pertama tahun 2021, atau pada bulan Mac,” katanya.

Zahid juga menyatakan UMNO tidak bersetuju dengan langkah pengisytiharan darurat yang disifatkannya sebagai mempunyai muslihat.

“Agak menghairankan, PRU yang sepatutnya diadakan sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat, berubah kepada proklamasi darurat.

“Proklamasi darurat dibuat atas alasan untuk memerangi Covid-19, sedangkan kita semua tahu hasrat sebenar. Tidak perlu sembunyikan udang di sebalik batu,” katanya lagi.

Zahid dalam ucapannya juga senada dengan pendirian blok pembangkang yang tidak bersetuju dengan langkah sidang Parlimen ditangguhkan ekoran pengisytiharan darurat yang diumumkan.

“Namun, ada yang lebih sudu dari kuah. Mereka memberi pelbagai alasan supaya persidangan Parlimen tidak diadakan.

“Sedangkan Parlimen itu teras demokrasi negara. Rakyat amat berharap dengan adanya vaksinasi yang sedang dilaksanakan, Parlimen harus bersidang dan PRU-15 jangan ditangguhkan,” katanya lagi.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Zahid lulus tiga projek di Tioman, DAP pun sokong juga?
7 jam lalu· Politik
Bukti rakaman suara Najib dibantah peguam bela, dakwa kedudukan anak guam terjejas
10 jam lalu· Isu semasa
Zahid masih tak insaf kalah teruk, kini dakwa DAP akur syarat UMNO tetapkan
10 jam lalu· Politik
Hantaran FB perkahwinan PH-BN, Saifuddin Nasution kini malu-malu pula
13 jam lalu· Politik
Popular
Anwar koyak selepas diminta buktikan tuduhan pihak lawan terima dana judi
December 6, 2022
Pengguna media sosial tak lagi percaya tuduhan dana judi selepas kena kencing
December 6, 2022
Zahid lulus tiga projek di Tioman, DAP pun sokong juga?
December 6, 2022
Zahid masih tak insaf kalah teruk, kini dakwa DAP akur syarat UMNO tetapkan
December 6, 2022
Lagi Politik terkini
Lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan, Wan Saiful kata Rafizi sudah hilang ingatan
10 jam lalu · Politik
Pengguna media sosial tak lagi percaya tuduhan dana judi selepas kena kencing
10 jam lalu · Politik
PN umum Tuan Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di DUN Pahang
13 jam lalu · Politik
Anwar koyak selepas diminta buktikan tuduhan pihak lawan terima dana judi
16 jam lalu · Politik
Lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan, Rafizi kata boleh pula sekarang
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PRK Tioman
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Peja di ceramah PRK Tioman
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok