Beranikah UMNO tak calonkan Shahidan di Arau?

October 15, 2022 · Politik

Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini (15 Oktober 2022) menegur pimpinan tertinggi UMNO dan Barisan Nasional (BN) supaya tidak meletakkan calon sembarangan bertanding di kerusi boleh menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Arau, serta penyandang kerusi Parlimen Arau, menegaskan kepada mereka yang teringin hendak menjadi calon agar tidak membuat kacau dengan selalu memperburuk-burukkan pemimpin lain.

Teguran  itu, menyusul kenyataan Pengerus Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Seri Azlan Man yang mengatakan lima nama disenaraikan sebagai calon di setiap kawasan Parlimen di Perlis.

Komen Azlan itu bertentangan dengan kenyataan lebih awal Shahidan bahawa UMNO Bahagian Arau hanya menyerahkan satu nama iaitu beliau sahaja untuk bertanding di Parlimen Arau.

Dalam kenyataan hari ini seperti dilapor Uusan, Menteri Wilayah Persekutuan itu menasihatkan pimpinan tertinggi UMNO dan BN supaya tidak mempejudikan kerusi boleh menang, termasuk di PArlimen Arau, dengan memilik calon tidak popular atau sembarangan.

Katanya PRU-15 sangat penting dalam menentukan pembentukan kerajaan dan setiap kerusi Parlimen sangat berharga.

Shahidan yang sebelum ini dilihat sering mengeluarkan kenyataan membidas Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau ingin mengekalkan kerusi Parlimen Arau kerana yakin boleh menang.

“Tidak boleh main-main (dalam soal pemilihan calon ini) setiap kerusi cukup bernilai. Pastikan kita tampilkan calon boleh menang,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Peranti Siswa Keluarga Malaysia di Dewan Ilmu Kampus Alam Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di Pauh Putra di Arau, hari ini.

Untuk rekod, Shahidan yang sudah lebih 30 tahun dalam politik menguasai Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum 1986,1990,2013 dan 2018 selain pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar dari 1995 hingga 2008.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok